Aku dah tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dalam cermin yang telah lama retak. Akhirnya aku ke titik pemula kembali. Aku dah tak berani bersuara, takut dimanipulasi kata. Aku dah tak berani mencinta, takut dipanah luka. Yang ada pun belum tentu bahagia penghujungnya. Ha'ah, aku perempuan gila. Perempuan yang sanggup merasa hiba dan hilang dalam picisan diri sendiri. Perempuan yang belum tentu kini bangkit lagi. Perempuan yang hilang rasa tapi masih gagahkan kudrat memenuhi rasa. Aku betul-betul jatuh dalam lontaran nada ombak suara dia. Ha'ah, aku perempuan gila. Yang hilang harapan ditelan ombak rasa yang kau hadirkan. Aku perempuan gila yang sedar rumah bertukar singgah ramah. Tapi aku lah perempuan gila yang masih mahu betapa. Selepas dihalau dan diseret pergi, tapi masih mencuba kot-kot ada lagi kisah kita. Bunga yang mekar pun tak mekar sentiasa, apatah lagi cinta kita? Ada masa, gugur juga da...
Dia gadis bukan biasa.