Skip to main content

Perempuan gila.

Aku dah tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dalam cermin yang telah lama retak. 

Akhirnya aku ke titik pemula kembali. 
Aku dah tak berani bersuara, takut dimanipulasi kata. 
Aku dah tak berani mencinta, takut dipanah luka. 

Yang ada pun belum tentu bahagia penghujungnya. 
Ha'ah, aku perempuan gila. 
Perempuan yang sanggup merasa hiba dan hilang dalam picisan diri sendiri. 
Perempuan yang belum tentu kini bangkit lagi. 
Perempuan yang hilang rasa tapi masih gagahkan kudrat memenuhi rasa. 

Aku betul-betul jatuh dalam lontaran nada ombak suara dia.
Ha'ah, aku perempuan gila. 
Yang hilang harapan ditelan ombak rasa yang kau hadirkan. 

Aku perempuan gila yang sedar rumah bertukar singgah ramah.
Tapi aku lah perempuan gila yang masih mahu betapa. 
Selepas dihalau dan diseret pergi, tapi masih mencuba kot-kot ada lagi kisah kita. 

Bunga yang mekar pun tak mekar sentiasa, apatah lagi cinta kita? Ada masa, gugur juga daun selepas menjulang tinggi mencari matahari. 

Hangatnya kita tak selamanya. Unless, we are fighting for it? Tapi persoalannya, kudrat yang ada dah tak seperti selalu. Aku yang lemah atau masa memakan segala? I have drained all my positive energy and how I wish I can stop all unnecessary feeling legit-ly. Yang tinggal yang rasa numb, semata-mata. Yang ku harapkan perjuangan, tapi yang aku dapat hanya sisa rasa yang harus aku pertanggungjawab dengan apa yang berbaki, kata dia "ini semua asbab diri sendiri".

Aku seperti hujan yang membasahi bumi. Ku berikan segala-galanya sampai aku rasa “melepaskan” itu bahasa paling tulus mendefinisi kisah kita. Di angka 28 ini, matang aku adalah berhenti berkata dan diam sahaja. Telan rasa, tapi...sampai bila aku akan jadi perempuan gila itu? 
 
Ingat yang gila bukan kau, tapi aku.

A. 


Comments

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cu...

A letter to myself.

hi dear self. In this blog, I always expressing my (stuck-feeling) over someone. And now, is the time I am writing for myself. This is a reflection and a reminder for you, my soul. Dear self. I apologize for not putting you first, and putting them. Or I even prioritize them more than you. I apologize of letting them judge you. I apologize for letting you down and doing nothing. I apologize for not allowing myself to forgive you. I truly apologize to you, my dear. Forgive me. Forgive me for believing other's word more than your voice. Forgive me when someone said that's something wrong with you and I believe it. Forgive me cs I'm loving them more than loving you. Forgive me of non-stop hurting you all over again. I still remember when the day that you really feel so down, and you're still trying to find out, the reason of waking up back. And then, you did; I am proud. But still I never appreciate myself of being better. I forgot to praise to myself...