Skip to main content

Perempuan itu.

Hiba.
Aku merasa payah.
Aku merasa susah.
Aku merasa sudah.
Sudah dengan makian,
Sudah dengan paksaan,
Sudah dengan tekanan.

Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui.
Aku dahulunya tersekat perit.
Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri.
Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan?

Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari,
menanti,
mendekati,
menghampiri,
malah seakan mahu aku dampingi.
Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada.
Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat.
Kerana mentari tadi.

Aku bukan lagi perempuan semalam
Yang bangun dan tidurnya kelam.

Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu
bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu.

Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali.
Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cuba menjadi yang terbaik untuk diri aku buat dia, dan diri dia buat aku. 

Hakikatnya, aku pelan-pelan mengharungi ombak ketakutan untuk terus memberi sisa hati bagi dipupuk rasa kembali.
 Tapi aku lupa, hidup tu tak menjanjikan sesuatu, cuma perlu jalan kerana ada ketentuan dan ketetapan pada hujung yang kau dan aku juga pastinya mengharapkan yang indah terjadi.

Kalau tidak, sampai bila tak beranjak.
Maka itu, aku harini perempuan baru dan bukan lagi perempuan dahulu yang telah dibawa pergi dengan hatinya yang sudah mati, dan kini tumbuh kembali bersama dia, si mentari.

Jujurnya, untuk mentari kali ini, aku tak mengharapkan apa-apa cuma jika benar dia adalah mentari yang akan terus menyinari hidup kelamku selama ini, maka kau permudahkan segala rasa yang ada dan urusan antara perempuan itu dan mentarinya.

Dia juga berhak bahagia dan berhenti terluka; perempuan itu.
                                                                                                                                --; asnazukrina


Comments

Death said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan gila.

Aku dah tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dalam cermin yang telah lama retak.  Akhirnya aku ke titik pemula kembali.  Aku dah tak berani bersuara, takut dimanipulasi kata.  Aku dah tak berani mencinta, takut dipanah luka.  Yang ada pun belum tentu bahagia penghujungnya.  Ha'ah, aku perempuan gila.  Perempuan yang sanggup merasa hiba dan hilang dalam picisan diri sendiri.  Perempuan yang belum tentu kini bangkit lagi.  Perempuan yang hilang rasa tapi masih gagahkan kudrat memenuhi rasa.  Aku betul-betul jatuh dalam lontaran nada ombak suara dia. Ha'ah, aku perempuan gila.  Yang hilang harapan ditelan ombak rasa yang kau hadirkan.  Aku perempuan gila yang sedar rumah bertukar singgah ramah. Tapi aku lah perempuan gila yang masih mahu betapa.  Selepas dihalau dan diseret pergi, tapi masih mencuba kot-kot ada lagi kisah kita.  Bunga yang mekar pun tak mekar sentiasa, apatah lagi cinta kita? Ada masa, gugur juga da...