Skip to main content

Cukup.

Hi. Ini kisah dia manusia yang tak mampu mengekspresikan emosi lewat segala cara.
Kisah dia; si gadis bukan biasa. Bukan aku. Dengarkan kisah dia.

Tapi dia merasakan ini akan sangat membantu dia untuk merasa lega.

Dia dibesarkan dengan jutaan pukulan di badan, tekanan menghimpit diri sewaktu dia kecil dengan melihat tragedi hitam yang perlu ada di tempat dimana semua mempertahankan diri, lagak mereka betul dengan mendatangkan justifikasi: mahkamah tempat itu namanya mahkamah. 

Bercakap soal kasih sayang. Dia dikecewakan. 

Dia tak pernah dapat kasih sayang seorang lelaki yang bernama ayah. Dia dibesarkan dengan ketegasan dan kesempurnaan. Dia tidak disajikan dengan penghargaan. Sewaktu itu, dia sangat kecil tapi perlu beraksi dalam kadang saksi. 

Ini sikit. Ini baru secebis dari cerita dia yang aku dedahkan. 

She used to be all alone since there's no one can tolerate with her. Asal manusia datang dalam hidup dia, pada akhirnya mesti mereka membenci dan mencaci. Dia sendiri tak tahu mengapa itu semua terjadi? Adakah ini sebab konflik diri yang tak terselesai lagi? Atau mungkin pemikiran jumud akan terus menghentam dia atas dosa-dosa dia ini terjadi? 

Percaya cakap aku, dia hanya lagak seperti dia kuat hadapi semua ini. Tapi kadang, hati dia sakit sampai aku hilang akal menggambarkan sakit itu. Percaya cakap aku, dalam hati dia ada sesuatu yang sering dikorbankan tapi manusia lain tak pernah faham: perasaan. 

Dia dulu ada rasa cinta, namun cinta itu cuma mengimbas kembali memori gelap dia dengan memukul dia lagi dan lagi hanya kerana kepentingan diri. 

Dia seorang gadis yang punya akal. Dia seorang gadis yang tidak kurang pandai. Tapi bodoh dalam menyelesaikan konflik diri yang abadi. 

Suatu hari, dia hilang rasa. 
Dia hilang rasa cinta. Dia hilang rasa gembira. Bahkan sedih juga tiada. 

Panjang sungguh kalau aku nak cerita satu per satu. 

Suatu hari, dibuang lagi dengan kawan yang datangnya memberi harapan bahawa dia manusia berguna. Pada akhirnya, kawan dia itu juga insan yang buat dia rasa sangat teruk, sangat menghina diri sehingga dia memaksa mengrefleksi diri; tapi akhirnya sakit lagi yang dirasakan. Bukan kegembiraan yang dia idamkan.

Dia hilang kawalan. Dia bukanlah seperti anda yang membaca. Dia bukanlah gadis normal itu yang punya hati untuk difikirkan. Hati dia terkorban dengan penikam-penikam dia yang dulunya dia relakan perkongsian gelak tawa, hidup bersama dan segalanya indah, dia relakan. 

Namun, dia jatuh lagi. Dibuang dan pada kali ini bukan di tong sampah, malah loji. 

Aku tertanya, salah dia apa?
Dia sentiasa memberikan yang terbaik tapi pada manusia yang dia berikan yang terbaik itu: membuang dia tanpa memikir rasa.

Dia sakit, tapi tak sekali dia jadikan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik dan tidak melaksanakan prioriti dia. Dia tidak meraih simpati sesiapa untuk memahami dia. Tapi kenapa dia juga yang merasa sakit dibuang pada akhirnya?

Juga dia dihimpit dengan gelombang serba salah kerana orang membenci orang yang rapat dengan dia hanya kerana diri dia. 

Adil?

Tiba, soal biasa diangkatkan. Haha. Ibarat dia tak pernah ada pada tempat yang sama. Kau boleh cakap biasa sebab kau terselamat di tempat yang kau inginkan bahkan semua inginkan. Pernah kau fikir tentang tempat dia si gadis bukan biasa tu berada? Jiwa dia terseksa dengan kekecewaan yang kau berikan, Pernah dia buang kau seperti dia dibuang? Pernah?

Adilkan ini untuk dia? Aku tanya. 

Cuba bayangkan kau ada ditempat dia berada sekarang. Tidak mudah, untuk buat-buat tak endah tapi hati penuh luka. Yang berdarah tanpa henti dibuat oleh kawan sendiri. Hahahahaha dulu berjanji untuk sentiasa ada, tapi apa yang dia dapat? Harapan palsu belaka.

Durjana.

Kejap, mungkin ini salah dia. Salah dia untuk memberi peluang tak layak pada si dia yang dulunya bergelar kawan. 
Kejap, mungkin ini salah dia kerana mempercayakan insan yang tak layak terima kepercayaan itu semata.

Semua salah dia. Pada akhirnya dia menyalahkan diri sendiri, mencucuk hati sendiri walau telah dicucuk. Kalau ini terus menerus, sampai bila hati dia nak sembuh lagi? 

Adil kah untuk dia?

Oh jangan lupa, tekanan itu dia belajar menerima dari kecik lagi. 
Aku percaya dia kuat untuk hadap semua tomahan dunia ni lagi.

Tiba-tiba dia rasa sesak. Sesak dada. Seolah ada yang menekan. 
Sesak dada dia, sesak lagi fikiran dia yang memikirkan. 

Dia kini dicaci, cerita digembar gembur seolah dia punca segalanya. 
Atau mungkin ya? Manusia tak pernah berhenti menghukum walau diri mereka yang patut dihukum.

Jujur, dia kecewa dengan kawan yang dianggap seperti darah daging sendiri. 
Namun pada akhirnya, dia meronta sesak menahan semua tekanan yang diberikan. 
Dan masih lagi memberitahu diri: pasti ada hikmah mereka buat aku macamni. Bukan salah mereka, salah dia. 

Salah dia. 

Salah dia kerana memulakan semuanya. 
Memulakan rasa sayang itu pada mereka. 

Dia tak patut sayang. 

Dengan kisah kecil dia, adilkah kau buat dia begitu? Sikit pun simpati dia tak hingin raih. Tapi semua persoalan yang dia toleh-toleh. Tapi masih juga tak jumpa jawapan kerana sayang dia pada dulu manusia yang dia gelar kawan.

Kau tak perlu terasa dengan semua ini jika bukan kau orangnya.

Cuma satu aku pinta, maafkan diri dia yang tidak sempurna seperti kau.
Dan cukup................................. cukup menghentam dia tanpa ada rasa. Dia tak berniat berbuat segalanya.

Kawan, 
Jangan seksa dia lagi, cukup.

Comments

Hubby said…
Waaah. Its beautiful and it has a deep meaning in every sentence. I'm so proud of you, love. ❤

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

R.

Hi untuk hati yang dituju.  Azam hari ini adalah untuk menulis semua yang terbuku di hati tanpa ada air mata mengalir. Kita tengok azam ini tercapai atau tidak di hujung penulisan blog ini.  Izinkan kali terakhir ini, aku memanggil kamu, cinta.  Cinta, remember awak teringin betul nak saya tulis tentang awak di blog saya?                                           R: " Awak tulis la pasal saya kat blog awak" Sebenarnya,  saya takut dan saya trauma, setiap saya tulis tentang sesiapa di blog ini, hubungan tidak kemana dan putus di tengah jalan tanpa sempadan. Dan saya cuma akan tulis bila mana kita sama-sama lalui bahtera perkahwinan tapi yang tinggal sekarang hanya angan-angan.  Awak memilih senekad itu, untuk pergi. Hari ini, saya cuba nak bagitahu awak, awak adalah bahagian yang indah yang Tuhan pernah anugerahkan dalam hidup saya. Awak adalah sosok lelaki ya...

A letter to myself.

hi dear self. In this blog, I always expressing my (stuck-feeling) over someone. And now, is the time I am writing for myself. This is a reflection and a reminder for you, my soul. Dear self. I apologize for not putting you first, and putting them. Or I even prioritize them more than you. I apologize of letting them judge you. I apologize for letting you down and doing nothing. I apologize for not allowing myself to forgive you. I truly apologize to you, my dear. Forgive me. Forgive me for believing other's word more than your voice. Forgive me when someone said that's something wrong with you and I believe it. Forgive me cs I'm loving them more than loving you. Forgive me of non-stop hurting you all over again. I still remember when the day that you really feel so down, and you're still trying to find out, the reason of waking up back. And then, you did; I am proud. But still I never appreciate myself of being better. I forgot to praise to myself...