Skip to main content

Pensil

Aku. 
Aku sudah hafal tentang setiap senti otak aku.
Sampainya hati mereka menidakkan segalanya
Mereka gunakan kuasa.
Kuasa kecantikan. 
Kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa desakan, rujukan, dan kepakaran.
Mereka perlantakkan aku, hanya kerana aku seolah tak setaraf dengan mereka.
Mereka memihak kasih, dan aku diketepikan masih. 
Atau layak aku memang sebegitu?
Dan aku diam membisu?

Besok inilah, besok itulah.
Satu per satu.
Sememangnya usaha tak terus nampak hasilnya?
Tapi sampai bila?

Pensil. 
Tanpa aku tulis,
aku sebenarnya sampah
tidak punya fungsi.
tidak punya maruah
Pensil ini senjata aku.

Sabar boleh jadi benda yang paling payah.
Ada masa dia jadi benda yang kita dengar pun dah benci.
Tapi itulah satu-satu jaring yang kita pegang, dari jatuh gaung.
Tak ada dia kita boleh mati.
Kini dia jelma kembali, hari jatuh itu. Apa aku perlu sabar lagi?

Kini aku sedar.
Aku masih di proses pabila pensil itu tumpul.
Masih tumpul. 
Untuk ke hasil akhir yang tajam.
Aku harus jalani satu per satu jalan:- proses
Proses itu yang akan mematangkan.
Proses itu yang mengertikan dari pelbagai pengalaman
Kadang memang lelah tak tertahan
Tapi harus terus, jalan kedepan.

Dan dengan itu aku sedar, kalau bukan aku yang ingin tolong bangkit diri sendiri, siapa lagi?
Kini pensil ajarkan aku dan bangkit kembali.



;- pensil.

Comments

Unknown said…
😍😍😍😍

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan gila.

Aku dah tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dalam cermin yang telah lama retak.  Akhirnya aku ke titik pemula kembali.  Aku dah tak berani bersuara, takut dimanipulasi kata.  Aku dah tak berani mencinta, takut dipanah luka.  Yang ada pun belum tentu bahagia penghujungnya.  Ha'ah, aku perempuan gila.  Perempuan yang sanggup merasa hiba dan hilang dalam picisan diri sendiri.  Perempuan yang belum tentu kini bangkit lagi.  Perempuan yang hilang rasa tapi masih gagahkan kudrat memenuhi rasa.  Aku betul-betul jatuh dalam lontaran nada ombak suara dia. Ha'ah, aku perempuan gila.  Yang hilang harapan ditelan ombak rasa yang kau hadirkan.  Aku perempuan gila yang sedar rumah bertukar singgah ramah. Tapi aku lah perempuan gila yang masih mahu betapa.  Selepas dihalau dan diseret pergi, tapi masih mencuba kot-kot ada lagi kisah kita.  Bunga yang mekar pun tak mekar sentiasa, apatah lagi cinta kita? Ada masa, gugur juga da...

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cu...