Posts

Percaya

“ Percaya “ Ini bait hati aku, yang aku simpan. Walau hakikatnya masih tak cukup untukku ucapkan. Musik kian bergema yang membaluti kekosongan hati aku. Aku, Kadangkala cuba mengurai satu persatu lembar halangan itu; Untuk ku temui saat kebahagiaan, walau sesaat aku dapat rasakan; Itupun sudah lebih dari cukup untuk aku rasa nikmat Tuhan. Namun, aku gagal. Ada konflik diri yang tak terselesaikan. Ada sesuatu yang tak terluahkan; dan ada rasa sakit yang cuba aku pendam. Sampai api tu tak teringin terpadam. Hari demi hari, Aku simpan ia lagi. hingga jadi barah penuh luka. Dengarkan suara hatiku yang merintih untuk rasakan kebahagiaan kehidupan. Bila aku cuba lagi urai lembar benang kehidupan yang penuh duri. Seakan diri aku terus mati. Hati aku lali. Aku sumbat kotak emosi, Sampai aku hilang rasa. Sampai aku rasa ini semua hanya biasa. Tiada lagi gelak tawa aku. Yang kini, aku rindu akan rasa itu. Tiada lagi tangisan aku, Yang kini, aku rindu kelegaan sel...

Key.

Image
Assalammualaikum, hi. Rasa dah lama betul tak acah-acah berkarya dalam blog sendiri. 21st December 2017; aku dapat tahu aku hilang satu nikmat yang aku sendiri tak pernah sangka aku ada dan aku sanggup untuk harungi semua itu selama ini. Tipu aku kalau aku tak pernah persoalkan kenapa dalam ramai-ramai orang Allah pilih aku? Kenapa aku, kenapa bukan engkau? Kenapa bukan dia; punca segalanya. Well kalau tanya aku sampai sekarang, aku sendiri tak percaya aku mampu untuk bawa dugaan tu rupanya dah 2 tahun dan tahun 2018 ini adalah merupakan tahun keempat aku. Sememangnya keadaan aku semakin tak mengizinkan semakin melemahkan, yang tinggal hanya semangat dan harapan serta pergantungan aku kepada Dia,Tuhan yang satu. Makin hari, makin aku lemah. Makin hari, makin aku lelah. Makin hari, makin aku hilang. Satu per satu nikmat yang aku rasa dulu, pergi... .... Kejap, kejap, kejap? siapa aku untuk persoalkan semua itu. Siapa aku untuk mengeluh dengan semua itu; bersyukur la wahai d...

Masalah.

Image
Kepul kepul suara menceroboh telingaku. Terduduk aku. Tersandar aku Dinding putih menanggung segala tekanan. Tenung apa yang terjadi, Segala itu dan ini. Aku tak pernah kacau dia Bahkan usik dia ? Tapi Dia datang, Sedozen itu. Seberat alam. Dekati aku, Menjatuhkan. Menghapuskan segalanya. Impian yang aku ingin capai. Seakan lenyap dek panahan dia. Hilang satu, datang lagi satu. Tak pernah putus. Bagaikan air sungai deras mengalir. Sebatu kau datang setapak kau takkan pergi. Hebat bukan? Bawakan aku, Beritahu aku siapa yang di dalam dunia ini tak pernah ada masalah? Sehebat mana pun masalah tu datang attack kau. Hebat lagi kau yang berani hadap dia bukan? HAH Bila kau rasa susah tu . Bila kau rasa lelah tu. Bila kau rasa tersekat tu. Kau rasakan aku. Tapi kau tak boleh faham aku sepertimana aku tak faham. Oh tak.. takkan. Ya, sepuluh orang boleh melalui peristiwa yang sama,tapi belum tentu dua orang merasa perkara yang sama. Barangkali sebab ini aku...

Kau

Image
------------------------------------------------------------------------------------------------------ Kau Yang hadir tanpa ku minta Bukan pelangi yang muncul seketika Namun hilang sepantas cahaya Kau Matahari Mentari yang tak berhenti membakar aku dan tak berhenti menyinari aku Kau Persis cahaya Persis mutiara Kau bawa aku teroka keindahan itu dari satu cakerawala ke satu cakerawala Menjemput cahaya Keluar dari gelita Kau Pembongkar Yang bongkarkan segala Bongkarkan kegelapan itu Kegelapan yang tak kenal erti noktah Kesedihan yang tak kenal erti henti   Aku belegu. Kau ada Aku buntu.Kau ada Aku........ Muak. Muak dengan semua permainan dunia. Bahkan jiwa aku seakan mati Namun kau? Masih ada, Kau seakan tak kenal erti jemu. Jemu untuk ada dengan aku Hebat sungguh bukan? Entah macam mana kau tahan dengan aku Entah macam mana kau dapat kekuatan itu Namun aku harap kau bukan hanya untuk seketika lalu hilang jua Persis dia? Hm, biasalah manus...

Harapan

Image
Hi. Hi kepada harapan itu Apa khabar? Sihat lagi? Atau hilang terbawa angin bayu Lenyap Sepi ................................. Manusia Kau Aku Dia Mereka Semua berhak berharap. Bezanya, Putus atau terus. Buat endah tak endah. Seperti apa yang kau lontarkan pada aku? Hahahahhahahahharapan palsu Sepalsu kasih sayang tu Sepalsu janji yang hanya meniti dibibir Kotakan? Fuh harapan.............. Jujur ya aku masih berharap. Berharap kau kotakan semua. Semua janji? Jangan bilang kau lupa,sayang. Kadang harapan tu macam impian bukan? Nak bermimpi.Mimpilah sampai bintang. Tapi jangan hanya sampai bintang dan Blurp! Jatuh semula. Terus.. Cari jalan Untuk biar mimpi tu, harapan tu Terus teguh di sana. Seteguh penantian aku. Hm Andai tiupan angin bayu bisa membawa segala memori ini pergi Ku mohon Tuhan,bawakan ia pergi bersama tangisan yang tiada henti. Habis sudah madah Tak ada satu pun yang tertinggal Setiapnya telah kau ambil dan terus engkau ju...

Him

Image
ft river flows in you- yiruma// ------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hi. Look at yourself now. Remember yourself back then. Think about the times you wanted to give up,think about how you didnt. Allah sends us test after test. Some are so small we tend to forget and some are so big,we carry them with us everyday. Think for a moment, about the times you felt so low, about the times you felt so alone. And remember just one thing.                                                                       Him                           ...

Lepas

Image
------------------------------------------------------------------------------------------------ Lepas. Aku lepas semua pergi bukan kerana aku benci Tapi kerana aku dicaci Hati aku lali Hati aku mati Aku berjalan mencari realiti Keluar dari halusinasi Tapi kau.....Kau Tak henti henti menghantui aku Kenangan kita terimbas kembali Perit lagi aku rasai Cukup sayang, cukup. Kadang terfikir, Gahnya engkau buat aku jatuh. Bukan hanya jatuh. Bahkan tersungkur. Lelah sayang. Hati aku lebam. Kadang terfikir Mana kau dapat kekuatan itu. Kekuatan untuk kau alpakan segalanya Bukit penuh onak & duri Pahit manis susah payah kita lalui. Namun saat itu, kita terus mendaki. Segala memori yang kita cipta bersama. Kau lupakan begitu saja. Sepantas kerdipan mata. Sepantas bintang jatuh Bahkan sepantas cahaya. Bahkan aku? Hilang arah, Entah kemana. Aku teguh disini menantimu Dengan segunung harapan untuk kau kembali Kembali pada yang dulu. Kembali pada aku....