Skip to main content

Lepas

------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas.

Aku lepas semua pergi
bukan kerana aku benci
Tapi kerana aku dicaci
Hati aku lali
Hati aku mati

Aku berjalan mencari realiti
Keluar dari halusinasi
Tapi kau.....Kau

Tak henti henti menghantui aku
Kenangan kita terimbas kembali
Perit lagi aku rasai

Cukup sayang, cukup.

Kadang terfikir,
Gahnya engkau buat aku jatuh.
Bukan hanya jatuh.
Bahkan tersungkur.
Lelah sayang. Hati aku lebam.

Kadang terfikir
Mana kau dapat kekuatan itu.
Kekuatan untuk kau alpakan segalanya
Bukit penuh onak & duri
Pahit manis susah payah kita lalui.
Namun saat itu,
kita terus mendaki.
Segala memori yang kita cipta bersama.
Kau lupakan begitu saja.
Sepantas kerdipan mata.
Sepantas bintang jatuh
Bahkan sepantas cahaya.

Bahkan aku?

Hilang arah,
Entah kemana.
Aku teguh disini menantimu
Dengan segunung harapan untuk kau kembali
Kembali pada yang dulu.
Kembali pada aku.

Hentikan aku dari mimpi buruk ini
Kembalikan kegembiraan aku,sayang.

Kata makian itu.
Kata putus itu.
Sesenang itu kau ungkap?
Semudah itu kau lontar?
Ah,
Semudah dan segampang kau pijak segalanya
Campak semuanya.Ye buang! Buang!
Buang aku.
Aku penat.
Penat menjemput episod hitam itu
Penat mengejar kau dari satu cakerawala ke satu cakerawala
Penat berpura.
Penat sayang,aku penat

Air mata aku.
Titisan tiada noktah.

Nostalgia kita terus menjadi bayangku
Ikut kemana sahaja

Lepas?

Hm.

Dear self,
apa yang kau cari lagi?
apa yang tunggu lagi?
Ayuh bangun! get up & run.Bangun ok? Dia sikit pun tak endah lagi . Dia sikit pun tak ambil peduli. Dia dah mati. Dia yang dulu dah mati seiring dengan kematian hati kau, kematian jiwa kau. Kau pergi jumpa dia kat sana ok?Bangun dengan semangat yang baru. Diri kau yang baru.Sebaru dia.

Tak guna kau sedih, berduka dengan dusta.
Kalau perlu untuk kau terus sorang.Jadi... teruskan. Ini masa untuk kau bahagia. Bangun & cari kembali gelak tawa kau,


Bukukan segala memori.


Buat pelangi yang hadir.
Terima kasih atas kebahagian yang kau bawakan.
Yang kau kongsikan.
Walaupun kau tahu.Diri aku masih begini. Maafkan aku.


Andai aku bukan takdir kau.
Lihat bintang ya?Saya akan jadi bintang itu. Lihat awak dari jauh.


                                                                                                             me,


Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan gila.

Aku dah tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dalam cermin yang telah lama retak.  Akhirnya aku ke titik pemula kembali.  Aku dah tak berani bersuara, takut dimanipulasi kata.  Aku dah tak berani mencinta, takut dipanah luka.  Yang ada pun belum tentu bahagia penghujungnya.  Ha'ah, aku perempuan gila.  Perempuan yang sanggup merasa hiba dan hilang dalam picisan diri sendiri.  Perempuan yang belum tentu kini bangkit lagi.  Perempuan yang hilang rasa tapi masih gagahkan kudrat memenuhi rasa.  Aku betul-betul jatuh dalam lontaran nada ombak suara dia. Ha'ah, aku perempuan gila.  Yang hilang harapan ditelan ombak rasa yang kau hadirkan.  Aku perempuan gila yang sedar rumah bertukar singgah ramah. Tapi aku lah perempuan gila yang masih mahu betapa.  Selepas dihalau dan diseret pergi, tapi masih mencuba kot-kot ada lagi kisah kita.  Bunga yang mekar pun tak mekar sentiasa, apatah lagi cinta kita? Ada masa, gugur juga da...

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cu...