Skip to main content

Posts

R.

Hi untuk hati yang dituju.  Azam hari ini adalah untuk menulis semua yang terbuku di hati tanpa ada air mata mengalir. Kita tengok azam ini tercapai atau tidak di hujung penulisan blog ini.  Izinkan kali terakhir ini, aku memanggil kamu, cinta.  Cinta, remember awak teringin betul nak saya tulis tentang awak di blog saya?                                           R: " Awak tulis la pasal saya kat blog awak" Sebenarnya,  saya takut dan saya trauma, setiap saya tulis tentang sesiapa di blog ini, hubungan tidak kemana dan putus di tengah jalan tanpa sempadan. Dan saya cuma akan tulis bila mana kita sama-sama lalui bahtera perkahwinan tapi yang tinggal sekarang hanya angan-angan.  Awak memilih senekad itu, untuk pergi. Hari ini, saya cuba nak bagitahu awak, awak adalah bahagian yang indah yang Tuhan pernah anugerahkan dalam hidup saya. Awak adalah sosok lelaki yang saya minta di sujud terakhir saya setiap solat sehinggakan berjurai air mata. Untuk 8 tahun perkenalan dan 2 tahun p
Recent posts

Buntu.

Pernah ada satu jiwa yang buat diri aku yang sekeruhnya menjadi jernih, lalu keruh kembali? Malah lebih keruh dari sebelumnya.  Ada satu jiwa yang buat aku meronta hilang dia, bukan hilang sementara tapi hilang selama-lamanya dengan cara yang aku sendiri tidak jangka. Aku seolah dibentak jiwa, dirobek tanpa kata.  Sakitnya sampai hilang kata-kata.  Setiap kali dengar lagu-lagu yang aku mainkan sambil tulis setiap email pada diri dulu, sakitnya masih sama. Menariknya tentang atur cara dunia, entah kenapa tiba-tiba email aku hilang. Hilang semua seolah 2021 tak wujud dalam hidup aku. Hilang kenangan yang aku sesalkan? Mungkin dulu aku rasa ya, tapi lepas dah tahu semua, aku tidak seinchi pun ingin selak email tu kembali. Sudah lama sebenarnya aku tak cuba dengar playlist yang sama, dan malam ini, aku cuba. Well, I don't think I made it. Not yet, not yet! Walaupun lobang depresi tu aku tutup rapat-rapat 2 tahun ini aku siapa deny rasa yang tersisa? Tak sebenarnya aku nak buat macam ma

Dari Hati

Hi hatiku, apa khabar dengan kamu? Aku tahu tiada siapa yang peduli, apa yang berbaki, apatah sosok berdaki. Hanya tahu mengguna diri Egois sekali ya? Hatiku, Aku tahu kau seakan lelah Pabila hari makin hari kau terus dimamah Aku tahu kau berusaha teguh Meskipun suara itu riuh bergaduh. Teruntuk kamu, Yang datangnya bagai malaikat jiwa Tapi pergi menyentap luka, bahkan menghadiah derita. Janji kau tabur berlalu mati Berlalu sekali dengan angin pergi. Aku tak pernah berharap kamu untuk selalu ada. Kerana setiap hati hadirku juga seperti tiada makna Aku lelang terbang sendiri. Kadang aku ingin sekali pulang. Memeluk tubuhmu dengan tenangn. Tapi kamu bukan rumah. Sayapku patah, dan aku harus jatuh, harus rebah. Jadi aku biarkan kau terbang sendiri, kali ini. Kerana aku masih ingin duduk, mengubat luka lama. Terbang dan pergilah. Jangan cari aku lagi, jangan mengingat aku kembali Sering aku menganggap semuanya sempurna. Tapi aku yang terpinga-pinga. Malangny

Disember Dan Luka ku

Hi semua, Lama aku simpan niat nak upload entry ni. Kalau boleh aku simpan rapi, aku simpan. Tapi dada mendesak kuat dan maaf, aku luahkan rasa sakit ku disini. Aku baru lepas discharge daripada keadaan diri aku yang unstable selama 5 hari dan terus menerus merundum. Life just hit me so hard. People keep going away, terutama bila dah tahu aku sakit. Aku sakit apa? No, that's not the point yang aku nak bagitahu and aku tak ready langsung pun nak reveal aku sakit apa kerana society yang seakan tenat dan gawat moral, maka itu aku, tidak. I am not ready yet, sorry. Dia yang aku anggap mentari dalam hidup aku, Akhirnya juga berlalu pergi. Salah aku ke sehinggakan mereka meninggalkan aku dengan cara ini? Dia ambil hati aku dan terus sentap membuang seperti tiada hati. Sakit, penat.  Selepas kata putus dia tebar begitu sahaja. Malam itu, aku cuba bawa kereta walaupun sosok tubuh badan aku menggigil, hujan pada malam itu jua seakan memahami. Pandangan aku kabur, aku buntu, a

Why him?

Hey, someone has dm-ed me and asked me one unique quest. Well it is about my current-relationship. "How can you love your boyfriend so much? Why him? What makes you fall in love with him everyday?" Aku menulis ini tanpa sebarang pengharapan, ini cumalah perjalanan kepada "kenapa dia". Let me answer this here. Sampai bila-bila pun aku tak mampu jawab kenapa hati aku pilih dia. Sampai bila-bila pun harus aku kata, tiada janji yang harus dikota. Sampai bila-bila pun aku tak tahu kenapa hati sayang tanpa sebab walau kau wonder apa asbab. Sampai bila-bila pun aku tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini kerana aku bukanlah pemegang hati abadi. As for now, aku tak boleh bercakap lebih. Aku dengan dia tak lama. We are still on our phase that we are still knowing each other and explore our world, together. Hence, I cant talk much about us. Make it short, we began as a friend. Setahun aku kenal dia sebagai seseorang yang tiada apa-apa, sebagai seorang yang en

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cuba menjad

Peluang.

Hi. 11th May 2019. Aku masuk jumpa boss nak hantar buku log dan minta tanda tangan for a vital documents. So, sambil sambil boss check buku aku (duh like he is literally reading one by one, I'm scared) but nah everything is okay. I passed it. Okay and then, the conversation starter will be the Raya stuff, Raya kat mana and so on.. (we borak pasal the distance Perak to Kuala Lumpur) "Awak sampai sini pukul berapa? Gerak pukul berapa?"  and I answered. "Saya gerak balik pukul 1 pagi, sampai around 6 pagi. Tapi ada berhenti lama, tidur di RNR. Kami sekeluarga naik 2 kereta, ayah saya gerak lambat, pukul 10 pagi keesokan harinya, tapi sampai rumah 10 malam. Almost a day because of the jammed. " And he replied   " Kawan saya gerak pukul 4 pagi, sampai sini pukul pagi 10 pagi, agak okay lah. Lancar. Kawan saya yang lagi sorang, lambat sejam je Asna, dia gerak pukul 5 pagi tapi sampai rumah pukul 7 petang" I was ... OMG hush lama dan j