Skip to main content

Dari Hati

Hi hatiku, apa khabar dengan kamu?

Aku tahu tiada siapa yang peduli,
apa yang berbaki, apatah sosok berdaki.
Hanya tahu mengguna diri
Egois sekali ya?

Hatiku,
Aku tahu kau seakan lelah
Pabila hari makin hari kau terus dimamah
Aku tahu kau berusaha teguh
Meskipun suara itu riuh bergaduh.

Teruntuk kamu,
Yang datangnya bagai malaikat jiwa
Tapi pergi menyentap luka, bahkan menghadiah derita.
Janji kau tabur berlalu mati
Berlalu sekali dengan angin pergi.

Aku tak pernah berharap kamu untuk selalu ada.
Kerana setiap hati hadirku juga seperti tiada makna
Aku lelang terbang sendiri.

Kadang aku ingin sekali pulang. Memeluk tubuhmu dengan tenangn.
Tapi kamu bukan rumah.
Sayapku patah, dan aku harus jatuh, harus rebah.
Jadi aku biarkan kau terbang sendiri, kali ini.
Kerana aku masih ingin duduk, mengubat luka lama.

Terbang dan pergilah. Jangan cari aku lagi, jangan mengingat aku kembali

Sering aku menganggap semuanya sempurna. Tapi aku yang terpinga-pinga.
Malangnya kamu hanya si pembuat patah, yang menambah rasa lemah.
Tanpa sebarang noktah.

Di hati paling kecil,
Pingin sekali aku menanyakan. "Apa ya yang membuat kamu kuat melepas kenangan?"
Kerana aku terasa berat lalu sekat dalam bayangan? Sendiri, ya kamu kan sudah pergi.

Aku pingin sekali didengari.
Aku pingin sekali difahami.
Aku pingin sekali dihargai.

Hakikatnya, hadirmu hanya membuat diri aku
berasa tidak cukup
berasa tidak sempurna.

Senja juga singgah menjadi malam
Itulah kamu, hanya memberi.
Harapan untuk siang.
Namun pada akhirnya kau yang hilang.

Hati, kuat sendiri ya?
Kerana sepertinya hukum ini akan tetap abadi
Hilang dalam terang
Terbenam dalam gelapnya bayang.

Tenang.
Watak dia hanya mengajar
Walau sikap nya juga bagai kurang diajar.
Pergi tanpa kata, kau ingat hati aku ini apa?

Moga senja ditenggelamkan dengan terbit fajar.
Terima kasih untuk kepingan hati yang hilang.
Semoga jumpa di jalan yang lebih terang dan tenang.

-A

Comments

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cu...

A letter to myself.

hi dear self. In this blog, I always expressing my (stuck-feeling) over someone. And now, is the time I am writing for myself. This is a reflection and a reminder for you, my soul. Dear self. I apologize for not putting you first, and putting them. Or I even prioritize them more than you. I apologize of letting them judge you. I apologize for letting you down and doing nothing. I apologize for not allowing myself to forgive you. I truly apologize to you, my dear. Forgive me. Forgive me for believing other's word more than your voice. Forgive me when someone said that's something wrong with you and I believe it. Forgive me cs I'm loving them more than loving you. Forgive me of non-stop hurting you all over again. I still remember when the day that you really feel so down, and you're still trying to find out, the reason of waking up back. And then, you did; I am proud. But still I never appreciate myself of being better. I forgot to praise to myself...