Skip to main content

Percaya

“ Percaya “

Ini bait hati aku, yang aku simpan.
Walau hakikatnya masih tak cukup untukku ucapkan.
Musik kian bergema yang membaluti kekosongan hati aku.

Aku,
Kadangkala cuba mengurai satu persatu lembar halangan itu;
Untuk ku temui saat kebahagiaan, walau sesaat aku dapat rasakan;
Itupun sudah lebih dari cukup untuk aku rasa nikmat Tuhan.

Namun, aku gagal.
Ada konflik diri yang tak terselesaikan.
Ada sesuatu yang tak terluahkan;
dan ada rasa sakit yang cuba aku pendam.
Sampai api tu tak teringin terpadam.

Hari demi hari,
Aku simpan ia lagi.
hingga jadi barah penuh luka.

Dengarkan suara hatiku yang merintih untuk rasakan kebahagiaan kehidupan.
Bila aku cuba lagi urai lembar benang kehidupan yang penuh duri.
Seakan diri aku terus mati.
Hati aku lali.

Aku sumbat kotak emosi,
Sampai aku hilang rasa.
Sampai aku rasa ini semua hanya biasa.

Tiada lagi gelak tawa aku.
Yang kini, aku rindu akan rasa itu.
Tiada lagi tangisan aku,
Yang kini, aku rindu kelegaan selepas meluahkan segalanya lewat emosi.

Aku,si gadis yang masih mencari bahagia.
Kompleksiti ini bunuh jiwa aku sampai tak jadi apa.
Yang tinggal hanya duka semata.

Aku retak.
namun masih aku percaya.
cuba gali lagi & lagi; tanpa putus asa.
Walau keupayaan aku tiada daya.
Tapi ini, demi mencari jawapan pada semua yang aku anggap misteri abadi.
Maka itu aku sanggup korbankan diri.
Walau kognitif aku tak termampu lagi.

Walaupun entah kenapa kadang aku rasa tiada lagi bahagia.
Yang tinggal hanya saki baki kepura-puraan.
Pada akhirnya aku rebah.
Tapi masih gagah untuk cuba bangkit kembali.

Tiba datang padaku, seorang jejaka,
Dan dia berkata, jangan cari jawapan; teruskan jalan.

Jawapan itu kelak datang sendiri, tapi tak jadi dalam satu hari.
Jangan letakkan kebahagiaan kau pada manusia yang akhirnya mereka hampakan segalanya.
Hakikat utama yang kau perlu terima;
Manusia tak sempurna.
Maka itu jangan letak definisi bahagia itu pada mereka.

Bahagia itu ada dalam genggaman & gelombang kendiri.
Buat apa yang kau rasa, kau boleh bahagia.
boleh ukirkan senyuman tu lagi.
boleh ubat rasa rindu pada emosi diri.

Mungkin ini semua kerana cinta yang terlalu bahagia, mampirnya terlalu pantas dan diambil Tuhan dengan tegas.

Namun kini; aku tahu bahagia aku di mana.
Ada pada Dia; Dia yang satu.
Letakkan pengharapan yang tinggi;
pada Dia yang Esa; bukan manusia.
Dia; penyembuh aku.
Perluas rezeki, pemberi kebahagiaan abadi.

Bersedialah hati, kau mungkin lebih parah seperti revolusi bumi yang semakin telat. Tapi...

Aku percaya sepenuh dan setiap sudut hati aku pada si Dia; ada sebab atas apa yang terjadi. Ada sebab pada revolusi ini.

Akan ku kayuh pelan-pelan.
Walau rakit ku seakan rabak ingin ditelan lautan.

Aku masih lagi percaya; pada Dia.
Aku tunggu pada saat itu;
bila Tuhan kata “Kun”
Dan aku,
si gadis depresi akan tersenyum kembali.
Kerna kebahagiaan itu datang lagi,
Dan kini jadi milikku.
Hadiah aku kerana kekal percaya pada yang Satu; Illahi.

(Asna Zukrina, HAT Mizan, 2018)

Comments

Hubby said…
Its so good lah sweetheart 😍❤💕

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan gila.

Aku dah tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dalam cermin yang telah lama retak.  Akhirnya aku ke titik pemula kembali.  Aku dah tak berani bersuara, takut dimanipulasi kata.  Aku dah tak berani mencinta, takut dipanah luka.  Yang ada pun belum tentu bahagia penghujungnya.  Ha'ah, aku perempuan gila.  Perempuan yang sanggup merasa hiba dan hilang dalam picisan diri sendiri.  Perempuan yang belum tentu kini bangkit lagi.  Perempuan yang hilang rasa tapi masih gagahkan kudrat memenuhi rasa.  Aku betul-betul jatuh dalam lontaran nada ombak suara dia. Ha'ah, aku perempuan gila.  Yang hilang harapan ditelan ombak rasa yang kau hadirkan.  Aku perempuan gila yang sedar rumah bertukar singgah ramah. Tapi aku lah perempuan gila yang masih mahu betapa.  Selepas dihalau dan diseret pergi, tapi masih mencuba kot-kot ada lagi kisah kita.  Bunga yang mekar pun tak mekar sentiasa, apatah lagi cinta kita? Ada masa, gugur juga da...

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cu...