Skip to main content

Satu persoalan?

Pejam mata.

Aku lihat garis-garis itu.

Garis-garis yang aku letak untuk setiap satu individu dalam hidup aku.
Aku lihat masih tiada siapa lagi melepasi satu garis istimewa.

Garis istimewa yang bukan untuk semua.

Dan garis itu nampak tenang, sunyi.
Lama......... lama betul  "core" aku tiada penghuni.

Lagi ketat mata aku ketap.
Aku lihat sesuatu.

Hakikatnya
Telah aku rantaikan setiap langkah individu yang cuba masuk ke setiap garis mereka.
Dan dengan itu,
Tiada siapa yang terus melangkah.
Tiada siapa yang terus melepasi.
Bahkan kau jangan cuba, jangan berani!
Kerna tuan diri tak bagi.

Jauh juga jarak itu dengan kebenaran diri.
Dengan itu, tidak hairan lah jika tiada siapa yang mengerti.
Kerna masih jauh jarak itu berbaki.
Dan masih tiada pengganti.

Tak lama mata aku ketap, mata aku seakan letih dan mahu ia berkelip kembali.
Maka pada saat itu. hilang rasa rindu dihati dan aku sedari memang aku sengaja biarkan garis istimewa itu tiada penghuni lagi tapi entah sampai bila?

Itu persoalannya.

Asnzkrn, 0537pm




Comments

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan gila.

Aku dah tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dalam cermin yang telah lama retak.  Akhirnya aku ke titik pemula kembali.  Aku dah tak berani bersuara, takut dimanipulasi kata.  Aku dah tak berani mencinta, takut dipanah luka.  Yang ada pun belum tentu bahagia penghujungnya.  Ha'ah, aku perempuan gila.  Perempuan yang sanggup merasa hiba dan hilang dalam picisan diri sendiri.  Perempuan yang belum tentu kini bangkit lagi.  Perempuan yang hilang rasa tapi masih gagahkan kudrat memenuhi rasa.  Aku betul-betul jatuh dalam lontaran nada ombak suara dia. Ha'ah, aku perempuan gila.  Yang hilang harapan ditelan ombak rasa yang kau hadirkan.  Aku perempuan gila yang sedar rumah bertukar singgah ramah. Tapi aku lah perempuan gila yang masih mahu betapa.  Selepas dihalau dan diseret pergi, tapi masih mencuba kot-kot ada lagi kisah kita.  Bunga yang mekar pun tak mekar sentiasa, apatah lagi cinta kita? Ada masa, gugur juga da...

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cu...