Skip to main content

Pergi, tinggalkan aku.

Mungkin laman ini jadi tempat aku mengekspresikan segala luah rasa yang tak terungkap dek kata.

Ada satu saat...
Tiba-tiba aku tidak boleh lihat apa yang teman aku lihat
Tiba-tiba aku seakan tidak boleh sambung tentang apa yang dibualkan seolah aku tak tahu apa.
Emm, kabur! 
Pandangan aku kabur. Otak aku tiba-tiba hilang maklumat untuk disambungkan. 
Ha seolah jawapan kepada semua persoalan adalah (=) syntax error.


Pada satu malam, aku cari. Cari segalanya yang bingung dan tak terungkap itu.
Aku menggapai cermin mata aku, untuk menjelaskan segalanya.

Saat aku sedang menahan sakit yang nah, tidak penting kau tahu betapa perit rasanya.

Dan aku jumpa jawapan nya: Mereka pergi tinggalkan aku dan padamkan segala memori yang aku dan dia pernah lalu. 

Lidah aku kelu, hati aku perih kerna aku sebenarnya sayang. Aku kecewa dengan mereka yang entah kenapa bagiku aku tiada urusan dengannya tiba-tiba bertindak pergi, tinggalkan aku. 
Hapus aku? 
.
.
Apa salah aku?

Ingin aku luahkan semua, namun tak pernah diberi masa.
Apatah lagi cuba mengerti rasa?

Ingin aku cuba berterus terang, namun tak pernah diberi peluang
Sayu hati. Pedih jiwa aku.
Kau berlalu pergi, tinggalkan aku.

.
Aku cuba positifkan diri. 
Walau gagal, aku cuba lagi. 

Ya mungkin aku salah, maka aku terima.
Jika memang ia tidak salahku, tidak mengapa.

Aku sejujurnya merelakan Allah tarik nikmat aku bersama orang-orang sebegitu.
Aku masih syukur aku mampu berdiri sendiri.

Tidak mengapa lah jika mereka gagal faham.
Tidak mengapa lah jika mereka gagal tahu.
Tidak mengapa lah, aku terima.

Ada hikmah untuk semua ini.
Maka itu usai aku usap titisan air mata itu,
Cuba ambil kembali setiap belahan hati.
Dan aku, berdiri teguh lagi disini dengan robek luka.

Aku bukan yang terbaik untuk mereka.

Akhir kata, ikhlaskan segalanya, pasti ada hikmah.
Senyum lagi ok Asna? 
Walau hilang rasa, tak apalah asal kau ukir senyuman tanpa rasa itu.
Kerna yang faham juga, tak ramai yang tahu.

Buat yang masih ada, terima kasih :')

Coretan dia buat diri dia,
Asnzkrn.

Comments

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cu...

A letter to myself.

hi dear self. In this blog, I always expressing my (stuck-feeling) over someone. And now, is the time I am writing for myself. This is a reflection and a reminder for you, my soul. Dear self. I apologize for not putting you first, and putting them. Or I even prioritize them more than you. I apologize of letting them judge you. I apologize for letting you down and doing nothing. I apologize for not allowing myself to forgive you. I truly apologize to you, my dear. Forgive me. Forgive me for believing other's word more than your voice. Forgive me when someone said that's something wrong with you and I believe it. Forgive me cs I'm loving them more than loving you. Forgive me of non-stop hurting you all over again. I still remember when the day that you really feel so down, and you're still trying to find out, the reason of waking up back. And then, you did; I am proud. But still I never appreciate myself of being better. I forgot to praise to myself...