Skip to main content

Choosing?

Gelap.

Aku terperangkap dengan satu nafas sesak.
Pernah tiba-tiba rasa malas dengan dunia?
Pernah tiba-tiba rasa tak endah dengan mereka?

Kadang aku juga begitu. 
Namun perlu kita ingat. 
Ada masa, Tuhan akan mengajak jiwa luka untuk rehat.
Ada masa, Tuhan datangkan mereka sebagai rezeki untuk
memberi pengajaran tentang segala.
Ada masa, hilang rasa 
Ada masa, terlebih rasa.
Tapi aku tanya, kau pilih yang mana?

Bayang.
Ku dekap bayang sendiri,
Sebab tak larat nak berlari. 
Adakah hati itu telah ku gari?

Hakikatnya, perlu diingatkan juga.
Ada masa memang perlu kita memberi ruang pada jiwa lara 
yang tak pernah diendahkan siapa.
Saat itu, pentingkan lah perihal jiwa kau pula.
Aku tahu kau penat tonjolkan bahagia, padahal kau duka?
Hingga tubuhmu basah dek airmata, namun masih tiada yang bertanya "mengapa?"

Ada detik juga pabila kau sedang sibuk merasa bahagia, berdekah tertawa.
Tuhan kembali uji dengan sedikit kesetiaan; sama ada kau masih memilih silam atau masa depan?

Tertanya bukan?

Untuk kali itu, tolong letakkan jiwa kau yang pertama dan bukan lagi dia-dia yang tiada makna.

Choosing.


Comments

Unknown said…
I love you, nyawa 😍😘
Anonymous said…
I love you Asna zukrina, stay strong❤️

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku...

Perempuan gila.

Aku dah tidak menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri dalam cermin yang telah lama retak.  Akhirnya aku ke titik pemula kembali.  Aku dah tak berani bersuara, takut dimanipulasi kata.  Aku dah tak berani mencinta, takut dipanah luka.  Yang ada pun belum tentu bahagia penghujungnya.  Ha'ah, aku perempuan gila.  Perempuan yang sanggup merasa hiba dan hilang dalam picisan diri sendiri.  Perempuan yang belum tentu kini bangkit lagi.  Perempuan yang hilang rasa tapi masih gagahkan kudrat memenuhi rasa.  Aku betul-betul jatuh dalam lontaran nada ombak suara dia. Ha'ah, aku perempuan gila.  Yang hilang harapan ditelan ombak rasa yang kau hadirkan.  Aku perempuan gila yang sedar rumah bertukar singgah ramah. Tapi aku lah perempuan gila yang masih mahu betapa.  Selepas dihalau dan diseret pergi, tapi masih mencuba kot-kot ada lagi kisah kita.  Bunga yang mekar pun tak mekar sentiasa, apatah lagi cinta kita? Ada masa, gugur juga da...

Perempuan itu.

Hiba. Aku merasa payah. Aku merasa susah. Aku merasa sudah. Sudah dengan makian, Sudah dengan paksaan, Sudah dengan tekanan. Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui. Aku dahulunya tersekat perit. Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri. Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan? Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari, menanti, mendekati, menghampiri, malah seakan mahu aku dampingi. Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada. Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat. Kerana mentari tadi. Aku bukan lagi perempuan semalam Yang bangun dan tidurnya kelam. Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu. Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali. Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cu...