Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Satu persoalan?

Pejam mata. Aku lihat garis-garis itu. Garis-garis yang aku letak untuk setiap satu individu dalam hidup aku. Aku lihat masih tiada siapa lagi melepasi satu garis istimewa. Garis istimewa yang bukan untuk semua. Dan garis itu nampak tenang, sunyi. Lama......... lama betul  "core" aku tiada penghuni. Lagi ketat mata aku ketap. Aku lihat sesuatu. Hakikatnya Telah aku rantaikan setiap langkah individu yang cuba masuk ke setiap garis mereka. Dan dengan itu, Tiada siapa yang terus melangkah. Tiada siapa yang terus melepasi. Bahkan kau jangan cuba, jangan berani! Kerna tuan diri tak bagi. Jauh juga jarak itu dengan kebenaran diri. Dengan itu, tidak hairan lah jika tiada siapa yang mengerti. Kerna masih jauh jarak itu berbaki. Dan masih tiada pengganti. Tak lama mata aku ketap, mata aku seakan letih dan mahu ia berkelip kembali. Maka pada saat itu. hilang rasa rindu dihati dan aku sedari memang aku sengaja biarkan garis istimewa itu tiada penghuni lagi t

Pergi, tinggalkan aku.

Mungkin laman ini jadi tempat aku mengekspresikan segala luah rasa yang tak terungkap dek kata. Ada satu saat... Tiba-tiba aku tidak boleh lihat apa yang teman aku lihat Tiba-tiba aku seakan tidak boleh sambung tentang apa yang dibualkan seolah aku tak tahu apa. Emm, kabur!  Pandangan aku kabur. Otak aku tiba-tiba hilang maklumat untuk disambungkan.  Ha seolah jawapan kepada semua persoalan adalah (=) syntax error. Pada satu malam, aku cari. Cari segalanya yang bingung dan tak terungkap itu. Aku menggapai cermin mata aku, untuk menjelaskan segalanya. Saat aku sedang menahan sakit yang nah, tidak penting kau tahu betapa perit rasanya. Dan aku jumpa jawapan nya: Mereka pergi tinggalkan aku dan padamkan segala memori yang aku dan dia pernah lalu.  Lidah aku kelu, hati aku perih kerna aku sebenarnya sayang. Aku kecewa dengan mereka yang entah kenapa bagiku aku tiada urusan dengannya tiba-tiba bertindak pergi, tinggalkan aku.  Hapus aku?  . . Apa sal