Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Choosing?

Gelap. Aku terperangkap dengan satu nafas sesak. Pernah tiba-tiba rasa malas dengan dunia? Pernah tiba-tiba rasa tak endah dengan mereka? Kadang aku juga begitu.  Namun perlu kita ingat.  Ada masa, Tuhan akan mengajak jiwa luka untuk rehat. Ada masa, Tuhan datangkan mereka sebagai rezeki untuk memberi pengajaran tentang segala. Ada masa, hilang rasa  Ada masa, terlebih rasa. Tapi aku tanya, kau pilih yang mana? Bayang. Ku dekap bayang sendiri, Sebab tak larat nak berlari.  Adakah hati itu telah ku gari? Hakikatnya, perlu diingatkan juga. Ada masa memang perlu kita memberi ruang pada jiwa lara  yang tak pernah diendahkan siapa. Saat itu, pentingkan lah perihal jiwa kau pula. Aku tahu kau penat tonjolkan bahagia, padahal kau duka? Hingga tubuhmu basah dek airmata, namun masih tiada yang bertanya "mengapa?" Ada detik juga pabila kau sedang sibuk merasa bahagia, berdekah tertawa. Tuhan kembali uji dengan sedikit kesetiaan;

Pensil

Aku.  Aku sudah hafal tentang setiap senti otak aku. Sampainya hati mereka menidakkan segalanya Mereka gunakan kuasa. Kuasa kecantikan.  Kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa desakan, rujukan, dan kepakaran. Mereka perlantakkan aku, hanya kerana aku seolah tak setaraf dengan mereka. Mereka memihak kasih, dan aku diketepikan masih.  Atau layak aku memang sebegitu? Dan aku diam membisu? Besok inilah, besok itulah. Satu per satu. Sememangnya usaha tak terus nampak hasilnya? Tapi sampai bila? Pensil.  Tanpa aku tulis, aku sebenarnya sampah tidak punya fungsi. tidak punya maruah Pensil ini senjata aku. Sabar boleh jadi benda yang paling payah. Ada masa dia jadi benda yang kita dengar pun dah benci. Tapi itulah satu-satu jaring yang kita pegang, dari jatuh gaung. Tak ada dia kita boleh mati. Kini dia jelma kembali, hari jatuh itu. Apa aku perlu sabar lagi? Kini aku sedar. Aku masih di proses pabila pensil itu tumpul. Masih tumpul.

Blaming?

Hi assalammualaikum semua😌 Seperti biasa, kalau aku dah singgah ke blog ni mesti ada yang tak kena atau ada benda yang terlebih kena? Nah, I am just practicing my doctor's preferences whenever I get alone, she asked me to be here. She said it's better.                           " You better write or update your blog cs I love to read" So here I am.  I feel unease about something. There's someone who means so world to me but it turns out of being a dissapointment I literally blame myself to feel unease because that person did a lots to me till I have no reason why I have to hate? but unfortunately I just did. With that, again I just can't stop blaming myself. Can't stop blaming myself sebab takut dia sedih if dia tahu dia sebenarnya dia stressor aku. (I mean one of it). Can't stop blaming myself of having a negative feelings. I know it is not good but I'm human and it's there. Can't stop blaming myself of being stupid and