Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Satu persoalan?

Pejam mata. Aku lihat garis-garis itu. Garis-garis yang aku letak untuk setiap satu individu dalam hidup aku. Aku lihat masih tiada siapa lagi melepasi satu garis istimewa. Garis istimewa yang bukan untuk semua. Dan garis itu nampak tenang, sunyi. Lama......... lama betul  "core" aku tiada penghuni. Lagi ketat mata aku ketap. Aku lihat sesuatu. Hakikatnya Telah aku rantaikan setiap langkah individu yang cuba masuk ke setiap garis mereka. Dan dengan itu, Tiada siapa yang terus melangkah. Tiada siapa yang terus melepasi. Bahkan kau jangan cuba, jangan berani! Kerna tuan diri tak bagi. Jauh juga jarak itu dengan kebenaran diri. Dengan itu, tidak hairan lah jika tiada siapa yang mengerti. Kerna masih jauh jarak itu berbaki. Dan masih tiada pengganti. Tak lama mata aku ketap, mata aku seakan letih dan mahu ia berkelip kembali. Maka pada saat itu. hilang rasa rindu dihati dan aku sedari memang aku sengaja biarkan garis istimewa itu tiada penghuni lagi t

Pergi, tinggalkan aku.

Mungkin laman ini jadi tempat aku mengekspresikan segala luah rasa yang tak terungkap dek kata. Ada satu saat... Tiba-tiba aku tidak boleh lihat apa yang teman aku lihat Tiba-tiba aku seakan tidak boleh sambung tentang apa yang dibualkan seolah aku tak tahu apa. Emm, kabur!  Pandangan aku kabur. Otak aku tiba-tiba hilang maklumat untuk disambungkan.  Ha seolah jawapan kepada semua persoalan adalah (=) syntax error. Pada satu malam, aku cari. Cari segalanya yang bingung dan tak terungkap itu. Aku menggapai cermin mata aku, untuk menjelaskan segalanya. Saat aku sedang menahan sakit yang nah, tidak penting kau tahu betapa perit rasanya. Dan aku jumpa jawapan nya: Mereka pergi tinggalkan aku dan padamkan segala memori yang aku dan dia pernah lalu.  Lidah aku kelu, hati aku perih kerna aku sebenarnya sayang. Aku kecewa dengan mereka yang entah kenapa bagiku aku tiada urusan dengannya tiba-tiba bertindak pergi, tinggalkan aku.  Hapus aku?  . . Apa sal

Buruk, Baik?

Assalammualaikum hi semua. Tengah aku sibuk bising kesulitan itu dan ini. Aku sibuk mengurut aku ingin keluar dari gelombang-gelombang negatif ini. Aku kerapkali berkata " aku penat untuk ada di tempat ini" Tiba, hari ini aku sedar satu perkara. Aku sebenarnya bertuah untuk berada di tempat ini. Pada akhirnya aku tahu belang sorang per/ sorang. Akhirnya aku tak terjebak dengan orang-orang yang memberi molekul molekul negatif dalam hidup aku.  Akhirnya aku bina hidup aku sendiri dengan cara aku tersendiri.  Aku ada circle tu, cuma sekarang ia makin kecil. Allah mungkin sengaja, campak aku dalam situasi yang aku tak ingin. Well this is because when I asked something, Dia sambut dengan Sabr. Asna. Yas, I believe in Him that His plans is much better than mine. Tak ku sangkal kan, hidup aku kebelakangan ini sibuk, Sibuk. Balik lewat malam, letih. Selain letih dengan dunia, letih dengan perangai manusia. Sakit aku, aku ketepikan. Usaha keras a

Cukup.

Hi. Ini kisah dia manusia yang tak mampu mengekspresikan emosi lewat segala cara. Kisah dia; si gadis bukan biasa. Bukan aku. Dengarkan kisah dia. Tapi dia merasakan ini akan sangat membantu dia untuk merasa lega. Dia dibesarkan dengan jutaan pukulan di badan, tekanan menghimpit diri sewaktu dia kecil dengan melihat tragedi hitam yang perlu ada di tempat dimana semua mempertahankan diri, lagak mereka betul dengan mendatangkan justifikasi: mahkamah tempat itu namanya mahkamah.  Bercakap soal kasih sayang. Dia dikecewakan.  Dia tak pernah dapat kasih sayang seorang lelaki yang bernama ayah. Dia dibesarkan dengan ketegasan dan kesempurnaan. Dia tidak disajikan dengan penghargaan. Sewaktu itu, dia sangat kecil tapi perlu beraksi dalam kadang saksi.  Ini sikit. Ini baru secebis dari cerita dia yang aku dedahkan.  She used to be all alone since there's no one can tolerate with her. Asal manusia datang dalam hidup dia, pada akhirnya mesti mereka membenci dan menca

Percaya

“ Percaya “ Ini bait hati aku, yang aku simpan. Walau hakikatnya masih tak cukup untukku ucapkan. Musik kian bergema yang membaluti kekosongan hati aku. Aku, Kadangkala cuba mengurai satu persatu lembar halangan itu; Untuk ku temui saat kebahagiaan, walau sesaat aku dapat rasakan; Itupun sudah lebih dari cukup untuk aku rasa nikmat Tuhan. Namun, aku gagal. Ada konflik diri yang tak terselesaikan. Ada sesuatu yang tak terluahkan; dan ada rasa sakit yang cuba aku pendam. Sampai api tu tak teringin terpadam. Hari demi hari, Aku simpan ia lagi. hingga jadi barah penuh luka. Dengarkan suara hatiku yang merintih untuk rasakan kebahagiaan kehidupan. Bila aku cuba lagi urai lembar benang kehidupan yang penuh duri. Seakan diri aku terus mati. Hati aku lali. Aku sumbat kotak emosi, Sampai aku hilang rasa. Sampai aku rasa ini semua hanya biasa. Tiada lagi gelak tawa aku. Yang kini, aku rindu akan rasa itu. Tiada lagi tangisan aku, Yang kini, aku rindu kelegaan sel

Key.

Assalammualaikum, hi. Rasa dah lama betul tak acah-acah berkarya dalam blog sendiri. 21st December 2017; aku dapat tahu aku hilang satu nikmat yang aku sendiri tak pernah sangka aku ada dan aku sanggup untuk harungi semua itu selama ini. Tipu aku kalau aku tak pernah persoalkan kenapa dalam ramai-ramai orang Allah pilih aku? Kenapa aku, kenapa bukan engkau? Kenapa bukan dia; punca segalanya. Well kalau tanya aku sampai sekarang, aku sendiri tak percaya aku mampu untuk bawa dugaan tu rupanya dah 2 tahun dan tahun 2018 ini adalah merupakan tahun keempat aku. Sememangnya keadaan aku semakin tak mengizinkan semakin melemahkan, yang tinggal hanya semangat dan harapan serta pergantungan aku kepada Dia,Tuhan yang satu. Makin hari, makin aku lemah. Makin hari, makin aku lelah. Makin hari, makin aku hilang. Satu per satu nikmat yang aku rasa dulu, pergi... .... Kejap, kejap, kejap? siapa aku untuk persoalkan semua itu. Siapa aku untuk mengeluh dengan semua itu; bersyukur la wahai d