Skip to main content

Key.

Assalammualaikum, hi. Rasa dah lama betul tak acah-acah berkarya dalam blog sendiri.

21st December 2017; aku dapat tahu aku hilang satu nikmat yang aku sendiri tak pernah sangka aku ada dan aku sanggup untuk harungi semua itu selama ini. Tipu aku kalau aku tak pernah persoalkan kenapa dalam ramai-ramai orang Allah pilih aku? Kenapa aku, kenapa bukan engkau? Kenapa bukan dia; punca segalanya.

Well kalau tanya aku sampai sekarang, aku sendiri tak percaya aku mampu untuk bawa dugaan tu rupanya dah 2 tahun dan tahun 2018 ini adalah merupakan tahun keempat aku. Sememangnya keadaan aku semakin tak mengizinkan semakin melemahkan, yang tinggal hanya semangat dan harapan serta pergantungan aku kepada Dia,Tuhan yang satu.

Makin hari, makin aku lemah.
Makin hari, makin aku lelah.
Makin hari, makin aku hilang.
Satu per satu nikmat yang aku rasa dulu, pergi...

....

Kejap, kejap, kejap? siapa aku untuk persoalkan semua itu. Siapa aku untuk mengeluh dengan semua itu; bersyukur la wahai diri.

Sejak dugaan tu datang, ada satu nikmat dan cahaya juga mengiringi,
aku bersyukur sebab yang dulunya hidup aku; ada satu rasa yang aku tak dapat rasa,
Tapi sekarang; dia datang mendekati dan aku akhirnya aku rasa juga nikmat kebahagiaan itu.
Kebahagiaan yang dari dulu aku impikan.

Orang disekeliling aku di-filter, ditapis dan mungkin juga sekarang juga masih ditapis?

Yang dulu nya, aku selalu seorang. Kini, aku tak lagi.
Yang dulu nya, aku bangun sendiri, Kini ada tangan yang menarik kembali.
Yang dulu nya, aku menangis seorang diri. Kini ada orang yang menemani.

Mula-mula semua orang terkejut dan seolah tak boleh terima; tapi ini takdir hidup aku yang Allah dah rancang. Aku sendiri tiada hak untuk halang, selain berusaha untuk terus syukur hirup udara-udara yang masih ada untuk terus hidup.

Bila ingat tentang punca, aku dah tak mampu kata apa. Cuma aku percaya dunia ini bulat dan janji Tuhan itu pasti. Apa yang diberi, itu juga yang dia dapat kembali. God is always fair, always. Cuma bezakannya, hari dia bukan hari ini.

----

Alhamdulilah, aku redha kehilangan satu nikmat itu, untuk aku rasa nikmat 20 tahun aku hidup yang aku sendiri tak pernah rasa dan sering meminta-meminta kepada Dia yang Esa. Akhirnya, dimakbulkan dengan cara ini. Dia tarik satu nikmat, tapi dia hadiahkan juga satu nikmat yang lain.

Aku masih syukur.

Ini bukanlah untuk meraih simpati, sungguh bukan. Memang ada yang kata ini semua adalah untuk mencari perhatian, sungguh sekali lagi aku ucap, bukan.
Ini cuma coretan hati yang mungkin boleh jadi memori bila saat ia tiba, dan aku terpaksa pergi.
Dan ini juga adalah luahan hati untuk aku terus memotivasikan diri. Hanya sekadar itu.

Dengan itu, untuk manusia-manusia yang sentiasa ada dan tak pernah putus asa untuk ingatkan aku itu dan ini, untuk sentiasa suruh aku berehat instead of berhenti, (walaupun aku sentiasa menolak kerana jujur diri aku tak tahu menghargai) Kalian semua; terima kasih. Moga Allah merahmati hidup awak-awak semua kerana jujur sikit pun aku tak mampu untuk balas jasa kalian. Jujur lagi, aku sebenarnya bersyukur dah untuk keberadaan korang yang sentiasa ada. Tak, tak. Korang tak perlu buat apa-apa, cuma sentiasa ada. Itu sudah lebih dari cukup. Yang aku pinta cuma satu; doa.

Doakan aku sempat untuk lunaskan segalanya sebelum aku jumpa jalan pengakhiran perjalanan hidup aku ini. Lepas aku dah buat semua benda aku nak buat, lepas aku dah buat semua orang sekeliling aku bahagia dan bangga ada aku dalam hidup dia; maka itu masanya; aku lega. Lega.

Lega dan aku rela untuk habiskan segalanya.

Andai kata, satu hari nanti ada apa-apa yang terjadi, tolong aku untuk kuatkan hati mereka-mereka yang kuat kerana aku. Aku taknak mereka jatuh macam mana juga aku taknak engkau jatuh. Biarkan aku saja yang tersungkur, janganlah kau, janganlah dia, jangan mereka; orang-orang yang aku sayang dan menyayangi diri ini.

Aku; makin aku sayang, makin aku acah buang. Tapi jauh lubuk hati aku, itu semua lagak kerana ego semata,

Pada akhir coretan kali ini, aku percaya ini semua pasti ada takdir indah disebaliknya.
Buat jiwa-jiwa kental yang sedang membaca luahan ini, percayalah hadirnya dugaan bukanlah beban. Tapi hadirnya dugaan adalah hadiah dari Tuhan.

Tiada yang mudah untuk dapat perkara yang indah. Dugaan juga hadir adalah untuk pembentukan kekuatan hati yang tak boleh dibanding-bandingi. Ala gais, kan Allah dah janji lepas kepayahan adanya kesenangan. Takkan lah Dia tak tepati.

                                                           فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Surah Al-Insyirah;5 
---
Remember, things will not always go on your way. There will be times when things will be so hard and difficult. There will be times when you wanted things to be in certain journey but it just can't?
and they don't go on that way.
Ada benda yang kita minta tak dapat, sebab ada benda yang lagi hebat Dia nak bagi.
There will be a person who can act as your driven and there will be a person who also can break you down. But all you can do, believe in Him and believe in yourself that you can do this and you can prove it. Buktikan.
Mungkin bukan sekarang, tapi terus cuba sampai jumpa.

Adalah tu reward Dia nak bagi nanti kan? Sama-sama kita positif dan doakan yang baik-baik.
Moga awak-awak juga terus kuat dan jangan mudah putus asa. Bersyukur dengan setiap apa yang diberi dan moga-moga Allah tambah lagi rezeki.

Key dia, sabar. You must be patient.
Even if the pains of waiting and praying tire you,
Even when long periods of time pass by and others are blessed with what they've been praying for awhile you still wait; be patient.

For Allah does not waste the effort of the doers of good.
He delays His response only to hear you call to Him more.
For what awaits you is sweeter than the bitterness of longing; be patient.

.
At the end, trust me. All is well and everything will be worth, dear-self

Well, they've made a special-video on @Youtube and I wonder what did I do till I deserve them? But they're the reason why I am still holding on: standing (well) here.
https://youtu.be/iB7NYmfqUWs
                                       
You'll be fine, soon.
Remember all of this Asna,
Az
Tues, 17th Apr 18'
1 Sha. 1439 AH

Comments

Hubby said…
Aww sweetheart 😍😍😍💕💕💕

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku

Buntu.

Pernah ada satu jiwa yang buat diri aku yang sekeruhnya menjadi jernih, lalu keruh kembali? Malah lebih keruh dari sebelumnya.  Ada satu jiwa yang buat aku meronta hilang dia, bukan hilang sementara tapi hilang selama-lamanya dengan cara yang aku sendiri tidak jangka. Aku seolah dibentak jiwa, dirobek tanpa kata.  Sakitnya sampai hilang kata-kata.  Setiap kali dengar lagu-lagu yang aku mainkan sambil tulis setiap email pada diri dulu, sakitnya masih sama. Menariknya tentang atur cara dunia, entah kenapa tiba-tiba email aku hilang. Hilang semua seolah 2021 tak wujud dalam hidup aku. Hilang kenangan yang aku sesalkan? Mungkin dulu aku rasa ya, tapi lepas dah tahu semua, aku tidak seinchi pun ingin selak email tu kembali. Sudah lama sebenarnya aku tak cuba dengar playlist yang sama, dan malam ini, aku cuba. Well, I don't think I made it. Not yet, not yet! Walaupun lobang depresi tu aku tutup rapat-rapat 2 tahun ini aku siapa deny rasa yang tersisa? Tak sebenarnya aku nak buat macam ma

A letter to myself.

hi dear self. In this blog, I always expressing my (stuck-feeling) over someone. And now, is the time I am writing for myself. This is a reflection and a reminder for you, my soul. Dear self. I apologize for not putting you first, and putting them. Or I even prioritize them more than you. I apologize of letting them judge you. I apologize for letting you down and doing nothing. I apologize for not allowing myself to forgive you. I truly apologize to you, my dear. Forgive me. Forgive me for believing other's word more than your voice. Forgive me when someone said that's something wrong with you and I believe it. Forgive me cs I'm loving them more than loving you. Forgive me of non-stop hurting you all over again. I still remember when the day that you really feel so down, and you're still trying to find out, the reason of waking up back. And then, you did; I am proud. But still I never appreciate myself of being better. I forgot to praise to myself