Skip to main content

Menyakiti atau disakiti?

Hi.

Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi.

Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali.

Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku sendiri, kembali lah kepada fitrah kita sebagai seorang manusia. Berdoalah, mengadulah kembali. Fokus dengan Al Quran, In Sha Allah, dipermudahkan.

Ha! Bukan itu saja. Kami sempat berbagi cerita. Yelah, dalam hidup ini kita belajar dari pelbagai dan segala sudut kehidupan. Termasuklah kesilapan dan pengalaman kendiri serta pengalaman orang lain. Dengan itu makcik aku sempat berkongsi pengalaman kehidupan yang ku jua harap jadi bekalan dalam setiap langkah kehidupan.

Bertalu soalan aku dek kerana curiosity aku yang melampau.

Tiba-tiba soalan yang membuat lidah aku kelu pabila makcik aku balas soalan aku dengan:

"Asna rela disakiti atau menyakiti?"

"Menyakiti" jawab aku (sambil hati dan otak aku masih berbual kuat)

Haha, tapi hakikatnya jauh sudut hati kecil aku menjerit "No, kau rela disakiti daripada kau menyakiti"

Dan iya. Itulah jawapan aku (ketika itu) kepada persoalan itu kerana setiap daripada langkah aku, aku terdahulu disakiti daripada menyakiti.

Well, diam sejenak.  Aku berfikir, dalam dunia ni siapa je nak mengaku kalau dia yang menyakiti seseorang? Termasuk aku dan kau.

Ego and that's why timbulnya jawapan itu. Aku sedar mungkin aku juga telah banyak menyakiti jiwa-jiwa lain dan sebagai balasan adil, aku juga telah disakiti. Jadi nope, jangan salahkan mereka yang menyakiti kerana muhasabah kembali sama ada ia satu kifarah dosa atau satu pengajaran laman kehidupan. Aku perkatakan itu, kerana aku jua punya amarah tersimpan kepada dia yang menyakiti tapi siapa aku untuk mengharapkan perkara yang berdaki? Aku tak mahu, segala pengajaran yang akan dia terima itu semuanya adalah percaturan Allah. Jadi aku tak mengharapkan apa-apa cuma aku percaya bahawa Dia adalah Maha Adil, maka itu aku cuba didik hati untuk mengingatkan minda kembali bahawa it will come. Kalau bukan sekarang, nanti. Aku cuba memaafkan untuk menzahirkan ketenangan.

Berbalik kepada persoalan menyakiti dan disakiti.

Bagi aku, ia berkait rapat.


Bagaimana pula dengan kau yang membiarkan orang lain menyakiti diri kau dan kau telah disakiti, dalam tak sedar kau juga telah menyakiti diri sendiri. (?)

Bagaimana pula kau yang menyakiti orang lain walhal hakikat sebenarnya kau sendiri disakiti?

It's a choice. Itu adalah sebenarnya pilihan kerana dalam tak sedar jiwa kau adalah mangsa kepada dua frasa ini, disakiti dan menyakiti.

Cinta dan sayang itu tak salah. Yang salah adalah the person who doesn't know how to love.

Pilih selagi masih boleh pilih. Selagi masih ada waktu yang tak dibeku.

Pilihan sama ada untuk kau terus membina atau membinasa.

Oleh itu, pesan aku.
Beri ruang pada hati kau sendiri. Kau tak perlu lagak kukuh kerna tak setiap masa kau perlu utuh.
Beri masa yang perlu, kerana hati kau tak perlu berpura selalu.
Ada sisi-sisi yang kau perlu isi kembali. Moga hati dan jiwa kau tak kosong lagi.


dan sekarang ini aku tanya kembali sama ada kau rela menyakiti atau disakiti?

Pilihan itu ada pada diri kau sendiri. Tanya hati, tanya diri. 

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Surah Al-Anbiya' 21:87
Maksudnya: Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. 
Tak harus cepat, tak harus drastik untuk kau betulkan segalanya. Cukup untuk kau sedar bahawa diri kau juga punya harga untuk kau jaga. Perlahan-lahan menghargai diri sendiri dan orang lain, In Sha Allah, semoga kau (si pembaca) dan aku, sama-sama tidak selalu menyakiti dan disakiti.

Love always,
Asna.

This is someone has visualized my entry and it turns out to this beautiful drawing!

Comments

Mimosa said…
Thank youu !!
Related dgn situation skarang =')
Syiraaa J said…
I love this piece of yours — so sweeping & vast but also specific & personal. 🌸 Keep inspiring, baby! Lots of love.❤️
FaizFadzil said…
Tak cukup..kena panjang lagi..best🌹
Anonymous said…
Inspiration my cinta! 😍

Popular posts from this blog

Buntu.

Pernah ada satu jiwa yang buat diri aku yang sekeruhnya menjadi jernih, lalu keruh kembali? Malah lebih keruh dari sebelumnya.  Ada satu jiwa yang buat aku meronta hilang dia, bukan hilang sementara tapi hilang selama-lamanya dengan cara yang aku sendiri tidak jangka. Aku seolah dibentak jiwa, dirobek tanpa kata.  Sakitnya sampai hilang kata-kata.  Setiap kali dengar lagu-lagu yang aku mainkan sambil tulis setiap email pada diri dulu, sakitnya masih sama. Menariknya tentang atur cara dunia, entah kenapa tiba-tiba email aku hilang. Hilang semua seolah 2021 tak wujud dalam hidup aku. Hilang kenangan yang aku sesalkan? Mungkin dulu aku rasa ya, tapi lepas dah tahu semua, aku tidak seinchi pun ingin selak email tu kembali. Sudah lama sebenarnya aku tak cuba dengar playlist yang sama, dan malam ini, aku cuba. Well, I don't think I made it. Not yet, not yet! Walaupun lobang depresi tu aku tutup rapat-rapat 2 tahun ini aku siapa deny rasa yang tersisa? Tak sebenarnya aku nak buat macam ma

A letter to myself.

hi dear self. In this blog, I always expressing my (stuck-feeling) over someone. And now, is the time I am writing for myself. This is a reflection and a reminder for you, my soul. Dear self. I apologize for not putting you first, and putting them. Or I even prioritize them more than you. I apologize of letting them judge you. I apologize for letting you down and doing nothing. I apologize for not allowing myself to forgive you. I truly apologize to you, my dear. Forgive me. Forgive me for believing other's word more than your voice. Forgive me when someone said that's something wrong with you and I believe it. Forgive me cs I'm loving them more than loving you. Forgive me of non-stop hurting you all over again. I still remember when the day that you really feel so down, and you're still trying to find out, the reason of waking up back. And then, you did; I am proud. But still I never appreciate myself of being better. I forgot to praise to myself