Skip to main content

Perempuan itu.

Hiba.
Aku merasa payah.
Aku merasa susah.
Aku merasa sudah.
Sudah dengan makian,
Sudah dengan paksaan,
Sudah dengan tekanan.

Sudahlah dengan ideologi dan memori yang menghantui.
Aku dahulunya tersekat perit.
Aku dahulunya tak mengizinkan apa-apa menghampiri.
Aku dahulunya mengopek luka berulang kali sehinggakan tak sempat nak sembuh, sudah berdarah kembali. Cukup menyeksa diri bukan?

Namun segalanya telah terhenti pabila aku lihat ada cahaya mentari,
menanti,
mendekati,
menghampiri,
malah seakan mahu aku dampingi.
Nafas yang sesak, kini kembali menghirup udara yang ada.
Jarum minit seakan telat tapi kepergian kau tidak membuat aku jadi ralat.
Kerana mentari tadi.

Aku bukan lagi perempuan semalam
Yang bangun dan tidurnya kelam.

Aku bukan lagi perempuan semalam yang merintih pada hujung kakimu merayu-rayu
bagai menatap kapan agaknya bunga mahu layu.

Mentari tadi bagaikan semangat yang cuba bangunkan aku kembali.
Tidak, kami tak berbagi harap. Cuma cuba menjadi yang terbaik untuk diri aku buat dia, dan diri dia buat aku. 

Hakikatnya, aku pelan-pelan mengharungi ombak ketakutan untuk terus memberi sisa hati bagi dipupuk rasa kembali.
 Tapi aku lupa, hidup tu tak menjanjikan sesuatu, cuma perlu jalan kerana ada ketentuan dan ketetapan pada hujung yang kau dan aku juga pastinya mengharapkan yang indah terjadi.

Kalau tidak, sampai bila tak beranjak.
Maka itu, aku harini perempuan baru dan bukan lagi perempuan dahulu yang telah dibawa pergi dengan hatinya yang sudah mati, dan kini tumbuh kembali bersama dia, si mentari.

Jujurnya, untuk mentari kali ini, aku tak mengharapkan apa-apa cuma jika benar dia adalah mentari yang akan terus menyinari hidup kelamku selama ini, maka kau permudahkan segala rasa yang ada dan urusan antara perempuan itu dan mentarinya.

Dia juga berhak bahagia dan berhenti terluka; perempuan itu.
                                                                                                                                --; asnazukrina


Comments

Death said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku

Buntu.

Pernah ada satu jiwa yang buat diri aku yang sekeruhnya menjadi jernih, lalu keruh kembali? Malah lebih keruh dari sebelumnya.  Ada satu jiwa yang buat aku meronta hilang dia, bukan hilang sementara tapi hilang selama-lamanya dengan cara yang aku sendiri tidak jangka. Aku seolah dibentak jiwa, dirobek tanpa kata.  Sakitnya sampai hilang kata-kata.  Setiap kali dengar lagu-lagu yang aku mainkan sambil tulis setiap email pada diri dulu, sakitnya masih sama. Menariknya tentang atur cara dunia, entah kenapa tiba-tiba email aku hilang. Hilang semua seolah 2021 tak wujud dalam hidup aku. Hilang kenangan yang aku sesalkan? Mungkin dulu aku rasa ya, tapi lepas dah tahu semua, aku tidak seinchi pun ingin selak email tu kembali. Sudah lama sebenarnya aku tak cuba dengar playlist yang sama, dan malam ini, aku cuba. Well, I don't think I made it. Not yet, not yet! Walaupun lobang depresi tu aku tutup rapat-rapat 2 tahun ini aku siapa deny rasa yang tersisa? Tak sebenarnya aku nak buat macam ma

R.

Hi untuk hati yang dituju.  Azam hari ini adalah untuk menulis semua yang terbuku di hati tanpa ada air mata mengalir. Kita tengok azam ini tercapai atau tidak di hujung penulisan blog ini.  Izinkan kali terakhir ini, aku memanggil kamu, cinta.  Cinta, remember awak teringin betul nak saya tulis tentang awak di blog saya?                                           R: " Awak tulis la pasal saya kat blog awak" Sebenarnya,  saya takut dan saya trauma, setiap saya tulis tentang sesiapa di blog ini, hubungan tidak kemana dan putus di tengah jalan tanpa sempadan. Dan saya cuma akan tulis bila mana kita sama-sama lalui bahtera perkahwinan tapi yang tinggal sekarang hanya angan-angan.  Awak memilih senekad itu, untuk pergi. Hari ini, saya cuba nak bagitahu awak, awak adalah bahagian yang indah yang Tuhan pernah anugerahkan dalam hidup saya. Awak adalah sosok lelaki yang saya minta di sujud terakhir saya setiap solat sehinggakan berjurai air mata. Untuk 8 tahun perkenalan dan 2 tahun p