Skip to main content

R.

Hi untuk hati yang dituju. 

Azam hari ini adalah untuk menulis semua yang terbuku di hati tanpa ada air mata mengalir. Kita tengok azam ini tercapai atau tidak di hujung penulisan blog ini. 

Izinkan kali terakhir ini, aku memanggil kamu, cinta. 

Cinta, remember awak teringin betul nak saya tulis tentang awak di blog saya?

                                          R: " Awak tulis la pasal saya kat blog awak"

Sebenarnya, saya takut dan saya trauma, setiap saya tulis tentang sesiapa di blog ini, hubungan tidak kemana dan putus di tengah jalan tanpa sempadan. Dan saya cuma akan tulis bila mana kita sama-sama lalui bahtera perkahwinan tapi yang tinggal sekarang hanya angan-angan. 

Awak memilih senekad itu, untuk pergi.

Hari ini, saya cuba nak bagitahu awak, awak adalah bahagian yang indah yang Tuhan pernah anugerahkan dalam hidup saya. Awak adalah sosok lelaki yang saya minta di sujud terakhir saya setiap solat sehinggakan berjurai air mata. Untuk 8 tahun perkenalan dan 2 tahun pertunangan, kita susah senang sama-sama. Di saat kain putih ditebar luas dan kita berdua mewarnainya, bersama. Awak ingat kita lari tengah pagi dalam mall sebab last minute buat keputusan nak tengok wayang walaupun esoknya masing-masing kerja? Ingat favourite movie kita apa? Awak ingat main leggo dekat taman walau lampu samar-samar sahaja? Awak ingat setiap kali jumpa kita kena buat apa supaya tak ada yang disimpan di hati dan semuanya transparent dalam mencari spark hubungan ini. Kita makan di lantai sama-sama hanya dengan makan sesederhana. Kita dating makan maggie dalam kereta, itu pun cukup dan rasa bahagia. Kita sama-sama fikir mana nak bayar itu ini, topup itu dan ini. Awak ingat macam mana cemasnya tengok awak demam? Saya bangun jam 3 pagi suap awak makan sebab awak meracau time sakit sampaikan ungkap nak mati?. Awak ingat, awak hantar saya pergi hospital sampai saya kena emergency surgery. Awak isi borang dan awak tepati janji yang awaklah orang pertama yang saya nampak lepas saya bangun dari operation di kemarin hari? Sehinggalah sampai kita dah stabil sedikit, kita sama-sama shopping sakan kat decathlon. Awak ingat kita sama-sama pergi interview SPP awak? Ingat macam mana kita study dan disaat saya uruskan semua baju dan keperluan dokumen awak. Kita travel merata sama-sama cipta tawa dan bahagia. Dan pada akhirnya, Tuhan jawab doa kita, mak dan ayah. Awak dah dapat kerja yang menjamin sebagai seorang cikgu. Cinta, sayalah antara orang yang paling bangga! Rasanya macam Tuhan beri rezeki nak kahwin. Tapi.... segalanya berubah dalam masa 2 minggu awak disana. Dengan kasih sayang Allah, dia menarik orang yang saya memang tak pernah saya bayang untuk tak hidup tanpa awak. Orang yang saya sayang sesayangnya. Ini bukan mengungkit, lebih kepada menyemak kembali apa yang kita lalui bersama. Ternyata sebanyak itu dan sesempurna itu cinta kita sehinggakan tiada siapa dapat meneka. 

Bercakap soal rindu dan move on, selamanya tak mudah untuk saya bawa perjalanan ini sehingga ditelam rasa. Jika dulu, kalau rindu, kita boleh berjumpa. Jika dulu kalau rindu, boleh mendengar suara. Walau mungkin hanya seketika. Dulu kalau rindu, boleh memeluk dakap seberapa lama. Tapi tidak saat diungkap rasa cinta sudah tiada. 

Disaat itu, saya lupa Allah cuma pinjamkan awak seketika. Saya percaya perasaan yang kita rasa juga sementara, maka insha Allah rasa sakit yang saya rasa disaat awak nekad pergi tinggalkan saya, di saat awak mengungkap kalimat 

                                    R: "Maafkan saya. Saya dah tak sayangkan awak, Asna"

Juga sementara dan bakal pergi selamanya.

Runtuh dunia saya seketika.
Luka. 
Luka berdarah
Sehinggakan menjadi barah. 

Saya takut, takut nak mengenal orang baru disebabkan janji yang dimungkiri tak semena-mena. 

Sakit, hancur, kecewa, terluka, menangis dan kehilangan merupakan bahan rasa yang paling menyakitkan dalam kisah percintaan kita. Bagaimana agaknya rasa untuk mematahkan hati perempuan yang begitu tulusnya mencintaimu, sayang? Bagaimana rasanya menghancurkan perempuan ynag begitu dicintai oleh ayahnya? Dan bagaimana rasanya berada di titik kepuasan kerana telah mempermainkan keseriusan wanita yang memperjuangkan kamu selama 2 tahun ini?

Yes, saya pernah menjadi perempuan yang serba serbi kelompongan, egoistik tapi disaat saya memperjuangkan cinta ini, dimana jiwa awak hakikatnya? Bahkan, selepas saya melihat awak pulang bersama wanita lain, saya masih memperjuangkan sayang saya pada awak. Adakah saya deserve sakit begini? Lebih gilanya, saya merasa bodoh di saat merayu-rayu menyatakan cinta, merayu-rayu untuk awak tidak tinggalkan saya dan untuk kekal bersama. Kewujudan perempuan yang entah apa, dari mana dan apa-apa tentang dia membuktikan yang saya tak perlu bersaing untuk menjadi pilihan awak.

Dan kini, memori kita menelan segala rasa percaya pada lelaki. Hanya kerana kamu? Tiada lagi rasa cinta dan percaya berbaki.

R,
Terima kasih untuk semua luka. 
Mungkin sekarang saya melihat awak begitu bahagia dengan segala yang tercapai dan mungkin Allah sedang menaikkan darjat setinggi-tingginya dan aku harap kau tak kecewa apabila dijatuhkan nanti sedalam-dalamnya. Aku yakin semesta pun pasti juga ikut bekerja denga seadil-adilnya. Dan aku percaya, siapapun yang melukai makhluk ciptaaNya, itu sama halnya melukai penciptaNya. Ingat, apa pun yang didapatkan dengan cara yang buruk, kebahagiaan itu hanya bersifat sementara. 

Lepas kau baca email ini, aku akan benar-benar pergi. 
Pergi kerana walau dibuang jauh ke laut mati, tapi aku masih menghormati. 
Menghormati keputusan yang kau pilih tanpa berdolak dalih. 

R, berbahagialah. Doakan aku sekuat kamu untuk melupakan kisah kita bagai tiada apa-apa kesan di hati.
berbahagialah dengan keputusan ini.

**sampai ke penghujung ini, air mata saya tidak lagi menemani malam yang sepi, dan azam tercapai**

Walaupun ada episod aku mempersoalkan takdir:

                                     " Kalau ini yang terbaik, kenapa begitu menyakitkan? "

Tapi aku lupa yang aku keji dan hamba yang tak layak bertanya, hanya berhak diuji Ilahi. 

R,
Aku pamit pergi. 
Selamanya. Datang lah ke blog ini nanti selepas kau melanjutkan kehidupan kau, kerana penulisan ini akan selamanya abadi di sini. 
Jumpa nanti di dunia abadi kalau itu juga perancangan dari Ilahi. 
Mohon, jaga diri. 

A. 

Comments

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku

Buntu.

Pernah ada satu jiwa yang buat diri aku yang sekeruhnya menjadi jernih, lalu keruh kembali? Malah lebih keruh dari sebelumnya.  Ada satu jiwa yang buat aku meronta hilang dia, bukan hilang sementara tapi hilang selama-lamanya dengan cara yang aku sendiri tidak jangka. Aku seolah dibentak jiwa, dirobek tanpa kata.  Sakitnya sampai hilang kata-kata.  Setiap kali dengar lagu-lagu yang aku mainkan sambil tulis setiap email pada diri dulu, sakitnya masih sama. Menariknya tentang atur cara dunia, entah kenapa tiba-tiba email aku hilang. Hilang semua seolah 2021 tak wujud dalam hidup aku. Hilang kenangan yang aku sesalkan? Mungkin dulu aku rasa ya, tapi lepas dah tahu semua, aku tidak seinchi pun ingin selak email tu kembali. Sudah lama sebenarnya aku tak cuba dengar playlist yang sama, dan malam ini, aku cuba. Well, I don't think I made it. Not yet, not yet! Walaupun lobang depresi tu aku tutup rapat-rapat 2 tahun ini aku siapa deny rasa yang tersisa? Tak sebenarnya aku nak buat macam ma