Skip to main content

Why him?

Hey, someone has dm-ed me and asked me one unique quest.

Well it is about my current-relationship.

"How can you love your boyfriend so much? Why him? What makes you fall in love with him everyday?"

Aku menulis ini tanpa sebarang pengharapan, ini cumalah perjalanan kepada "kenapa dia".

Let me answer this here.

Sampai bila-bila pun aku tak mampu jawab kenapa hati aku pilih dia.
Sampai bila-bila pun harus aku kata, tiada janji yang harus dikota.
Sampai bila-bila pun aku tak tahu kenapa hati sayang tanpa sebab walau kau wonder apa asbab.
Sampai bila-bila pun aku tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini kerana aku bukanlah pemegang hati abadi.

As for now, aku tak boleh bercakap lebih. Aku dengan dia tak lama. We are still on our phase that we are still knowing each other and explore our world, together. Hence, I cant talk much about us. Make it short, we began as a friend. Setahun aku kenal dia sebagai seseorang yang tiada apa-apa, sebagai seorang yang entah dari mana aku sapa-sapa

We were strangers, for real we were.

And then, when the time comes. It was happened.

Kalau kau tanya aku kenapa dia...
Aku juga bingung.

Cuma apa yang aku boleh cakap.
5 tahun.
5 tahun aku struggle move on.
5 tahun aku cuma bangun, lagi dan lagi.
5 tahun aku sakit seorang diri.
5 tahun hidup aku hilang.
5 tahun aku tersekat dalam bayang.
5 tahun aku terlupa cara bagaimana untuk terus bersayang
Semua seolah bersawang!
Lepas 5 tahun yang aku bazirkan.

5 tahun tu bukanlah masa yang singkat.
Punyalah struggle nak lupakan seorang lelaki. Mesti wonder kan betapa pentingnya dia dalam hidup aku sampai durasi tu tak langsung berbelah bahagi. He was, was my everything. But not anymore, dia dah jadi tunang orang dah pun, tahun depan dah nak kahwin brader, so chill lek I have moved. Tbh, aku tak pernah menyesal kenal dia, tak pernah menyesal ada dalam toxic relationship. Somehow, perkara-perkara itu buat aku lagi bersyukur dengan hubungan yang sedia ada. Supaya aku mampu sulam perasaan baharu dengan pengajaran lalu.

Dan langkah ini adalah sinar yang aku pilih sendiri. Jangan sindir aku, semua polemik mereka yang datang dan pergi dalam hidup aku, bukan aku yang pilih.  Dan dengan itu, aku simpan rapi rapi asbab kenapa tidak mereka yang berada di hati walau yah mereka cuba terus mendaki; tapi tak ada terus kekal di hati dan mereka memilih pergi. Semudah itu bukan?

Maka itu, aku tahu mereka bukan untuk aku dan aku bukan untuk mereka.

Selepas 5 tahun aku yang bergolak tiada henti, aku tertanya pada diri, bila aku boleh bahagia lagi? Aku ingin disayangi tapi aku tak berani memberi hati.

Dan pada satu detik itu, aku terfikir
" jika aku ingin disayangi, aku juga harus belajar menyayangi"
" jika aku ingin dihargai, aku juga harus belajar menghargai"

Bagi aku, pembentukan diri kau adalah ekspresi apa yang kau inginkan dan harapkan.
Jika sayang yang kau beri, maka sayang juga kau berhak dapat.
Jika kesetiaan yang kau pertaruhkan , maka sayang juga kau berhak dapatkan.

Tapi jangan salahkan waktu, Dia tahu bila kau berhak dapat rasa segalanya. Lewat atau cepat, you will.

Just enjoy learning everything. Kita takkan pernah berhenti belajar dan improve diri.

Dan dia. Dia yang aku pilih untuk aku terus menghargai dan belajar erti sayang lagi.


Why him?
Bukan kerana aku yang menentukan tapi setiap tingkah laku dia memberitahukan aku sesuatu, bahawa dia layak untuk segalanya; penghargaan, sayang dan kesetiaan.

He deserve all of it.

Bukan aku yang ingin memberi tapi dia layak untuk setiap inci sayang di hati.

Dia ajarkan aku erti menjadi diri sendiri dan terus menyayangi diri tanpa harus menyakiti.
Dia datang pabila semuanya pergi meninggalkan namun dia tetap memilih ada. Walau pada waktu itu, dia tahu betapa rabaknya hati aku cuba menahan perih sakit dan insan yang lain pergi.

Well post ini bukanlah apa-apa. Tiada niat untuk meluah rasa sayang kerana sampai bila bila rasa sayang tu tak terungkap. Aku juga menulis ini dengan penuh rendah hati dan bersedia dengan kebarangkalian yang akan terjadi suatu hari nanti. Cuma kali ini, aku terpanggil untuk menulis lagi adalah kerana satu persoalan unik menyapa diri.

Jadi, bagi aku. Jika kau inginkan itu dan ini dalam diri seseorang. Jadilah seperti apa yang kau inginkan terlebih dahulu. Jangan letak pengharapan kau pada manusia yang entah bila akan jadi seperti apa yang kau inginkan.

Jadi dalam persoalan ini, tiada asbab rigid.
Aku masih perempuan sama.
Aku masih menjadi diri aku yang pada lewat malam tak berhenti berfikir dan menyalahkan diri kerana tak mampu memuaskan hati-hati.
Kalaupun suatu hari nanti love is fading away, sayang itu bukan perkara yang akan ku ungkit kembali. Kerana ia terjadi dengan sendiri, sama ada tambah atau luruh kembali.

Pada aku, kau takkan tahu adakah dia benar dia sampai pada waktunya.
Cuma beranikan diri, pertaruhkan hati untuk sesuatu yang kau beri tanpa berharap putar kembali.


- A

Comments

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku

Buntu.

Pernah ada satu jiwa yang buat diri aku yang sekeruhnya menjadi jernih, lalu keruh kembali? Malah lebih keruh dari sebelumnya.  Ada satu jiwa yang buat aku meronta hilang dia, bukan hilang sementara tapi hilang selama-lamanya dengan cara yang aku sendiri tidak jangka. Aku seolah dibentak jiwa, dirobek tanpa kata.  Sakitnya sampai hilang kata-kata.  Setiap kali dengar lagu-lagu yang aku mainkan sambil tulis setiap email pada diri dulu, sakitnya masih sama. Menariknya tentang atur cara dunia, entah kenapa tiba-tiba email aku hilang. Hilang semua seolah 2021 tak wujud dalam hidup aku. Hilang kenangan yang aku sesalkan? Mungkin dulu aku rasa ya, tapi lepas dah tahu semua, aku tidak seinchi pun ingin selak email tu kembali. Sudah lama sebenarnya aku tak cuba dengar playlist yang sama, dan malam ini, aku cuba. Well, I don't think I made it. Not yet, not yet! Walaupun lobang depresi tu aku tutup rapat-rapat 2 tahun ini aku siapa deny rasa yang tersisa? Tak sebenarnya aku nak buat macam ma

R.

Hi untuk hati yang dituju.  Azam hari ini adalah untuk menulis semua yang terbuku di hati tanpa ada air mata mengalir. Kita tengok azam ini tercapai atau tidak di hujung penulisan blog ini.  Izinkan kali terakhir ini, aku memanggil kamu, cinta.  Cinta, remember awak teringin betul nak saya tulis tentang awak di blog saya?                                           R: " Awak tulis la pasal saya kat blog awak" Sebenarnya,  saya takut dan saya trauma, setiap saya tulis tentang sesiapa di blog ini, hubungan tidak kemana dan putus di tengah jalan tanpa sempadan. Dan saya cuma akan tulis bila mana kita sama-sama lalui bahtera perkahwinan tapi yang tinggal sekarang hanya angan-angan.  Awak memilih senekad itu, untuk pergi. Hari ini, saya cuba nak bagitahu awak, awak adalah bahagian yang indah yang Tuhan pernah anugerahkan dalam hidup saya. Awak adalah sosok lelaki yang saya minta di sujud terakhir saya setiap solat sehinggakan berjurai air mata. Untuk 8 tahun perkenalan dan 2 tahun p