Skip to main content

Disember Dan Luka ku

Hi semua,

Lama aku simpan niat nak upload entry ni. Kalau boleh aku simpan rapi, aku simpan.
Tapi dada mendesak kuat dan maaf, aku luahkan rasa sakit ku disini.

Aku baru lepas discharge daripada keadaan diri aku yang unstable selama 5 hari dan terus menerus merundum. Life just hit me so hard. People keep going away, terutama bila dah tahu aku sakit.

Aku sakit apa? No, that's not the point yang aku nak bagitahu and aku tak ready langsung pun nak reveal aku sakit apa kerana society yang seakan tenat dan gawat moral, maka itu aku, tidak. I am not ready yet, sorry.

Dia yang aku anggap mentari dalam hidup aku,
Akhirnya juga berlalu pergi.
Salah aku ke sehinggakan mereka meninggalkan aku dengan cara ini?
Dia ambil hati aku dan terus sentap membuang seperti tiada hati. Sakit, penat. 

Selepas kata putus dia tebar begitu sahaja.
Malam itu, aku cuba bawa kereta walaupun sosok tubuh badan aku menggigil, hujan pada malam itu jua seakan memahami. Pandangan aku kabur, aku buntu, aku sakit ditinggalkan tanpa alasan.

Aku tiada pilihan, terus ke ED malam tu dan doktor tahan aku di ward yang suatu hari nanti aku akan cerita juga segalanya. Aku taknak cerita keadaan ward tu macam mana but it safe for me selama masa aku unstable.
Aku ditahan, aku merayu mentari untuk datang kembali, bodoh bukan aku?

Kerana sayang, semuanya kerana sayang.

Aku terima dia seadanya dan ini yang aku dapat sebagai hadiah penerimaan segala.

Namun ada yang mengingatkan dan aku sedar tentang satu perkara...
Memang aturan dunia tu memang begitu.
Setiap langkah pertemuan memang akan adanya detik perpisahan.

Dan perpisahan aku dan dia, memang cara sakit begini sehingga air mata jatuh sehingga kering kontang, sekosong jiwa merintih.

Detik ini, aku penat dengan segala. Aku takut dengan manusia, kerana baik manusia cuma sebentar.
Aku takut dengan percintaan, kerana lidah meruntuhkan segalanya.

Aku hairan hakikatnya, bagaimana kau lalu semua ini selepas kita sama-sama bina kenangan indah,
macam mana kau boleh tak sesedih aku dengan memutuskan segalanya? Seolah kau tak punya rasa.

Semua yang aku dedikasikna untuk kau, hancur.
Setiap malam, setiap bingkisan rindu dilerai terbuka. Hanya puisi mengubat jiwa yang lara.

Aku tak sesakit dan seperit ini kalau aku tak sayang. It's ok, I'll try to look at this onto the bright side.
Semoga hati aku terpujuk dengan segala hikmah mendatang.

Jujur aku tak menyangka secepat ini.
Jujur aku tak menyangka kau setega ini.

Aku hilang, aku tidak tenang.
Aku cuma menyimpan perih dan terus menjadi luka berdarah.
Suaramu akan ku rindu.
Sayangmu akan ku balut kelam dalam kalbu.

Dia yang membuat aku tertawa sampai lupakan dunia dan dia jugalah yang membuat aku menangis sehinggakan aku hilang kata.
Kata-kata kau yang kau bingkai indah, hancur sehancurnya.

Sekelip mata, dunia yang heboh dengan kata-kata dan manis belaka, bertukar menjadi dunia paling kejam, kelam dan sunyi sepi. Hati aku disakitkan dan yang menyakiti seperti tak akan peduli.

Untuk hatiku yang lelah,
Rehatlah kau dari harapan palsu.

Moga suatu hari nanti ada bahagia untuk setiap derita.
Tidurlah, tenanglah engkau dalam dakapan Tuhan. Rasakan lah pelukan Tuhan dalam jiwa yang lara.
Semuanya tak harus jadi hari ini. Buka ruang hati, membenarkan hakikat terjadi.
Mungkin terselit bahagia cuma bukan hari ini, maka hati..
Terus sabar lagi?

Meskipun semua sayang yang ku laburkan sia-sia. Aku percaya ada sebab dalam setiap dugaan ini.
Moga dengan kepergiaan kau menghadirkan seseorang yang terbaik yang akan dikirim Tuhan untuk membantu aku mengubat jiwa yang lara.

Aku perlu masa untuk mengubat semua,
Aku perlu masa untuk membalut luka.
Aku perlu sayangkan kembali diri ini.
Aku perlu ambil peduli kembali.
Aku perlu tahu bahawa ada lagi yang tak membenarkan hatiku menyepi.

Untuk kau yang pernah datang.
Teruskan langkah mu pergi.
Teruskan perasaan mu yang tak peduli.

Aku sedar, aku tidak layak untuk hatimu.
Disana ruangnya hanya tinggal senja menyapa dan penuh dengan angan-angan belaka.
Dihatimu itu, ruangnya sudah penuh sehinggakan aku tidak menyesuaikan diri dan disuruh pergi.
Dengan cara sakit begini. Kecewa hingga aku takut lagi bahagia.

Walau aku tahu awalnya semua senja yang kau tawarkan, hanya akan bertukar biru dan akhirnya menggelap. Walau aku tahu hakikatnya kemunculanmu hanyalah untuk mengajarku.

Lalu kau terus berlalu pergi.

Terima kasih atas tawa yang kau beri.
Terima kasih atas insiatif menyinari.
Terima kasih atas pengisian sanubari.
Terima kasih atas hatimu yang menjadi rumahku.
Terima kasih atas senyummu yang tak pernah hilang dari ingatan
Apatah lagi dengan memberi aku seribu satu harapan.

Tiada kamu, kini semuanya hilang walau bekasnya masih hangat tersimpan.
Tiada kamu, kini sayapku patah tak berlagu.
Tiada kamu, aku kembali ke masa lalu.

Sementara kau cari jawapan,
Sementara itu aku diam menjauhkan.

Kehadiranku bukan untuk dipilih.
Cukup dengan sakit.
Cukup dengan perit.

Aku akan terus melangkah tanpa senyunmu lagi.
Aku akan terus melangkah mengukir citaku lagi.
Langkah ku akan tetap tegar tanpa harapan dan senyummu lagi.
Jiwa ku masih tertahan meskipun hati dan sayapku kau bawa pergi.
Entah bagaimana aku akan merawat luka ini.
Itu semua kerana kamu.
Aku redha dengan perpisahan ini.

Sedihnya, cinta sebesar ini tak mungkin terulang lagi.
Kerana kamu, disember dan luka ku.

Aku trauma.

Terima kasih dan maaf untuk segalanya.
I'll be better without you.
Aku akan terus menghilang agar hati aku kembali bangkit dari lara
dan menjauh dari kau, racun jiwa.

Dengan hati yang luruh ini,
Aku tahu Allah itu adil dan aku tak minta banyak, moga kau rasa apa yang aku rasa.
Aku pingin sekali nyaman tapi nyamanku hilang. Jiwa ku hilang dalam dakap peluk malam terakhir dan rupanya..
Kau bukan lah mentari lagi.
Tapi hanyalah harapan palsu yang menipu diri.

- A



Comments

Unknown said…
I love you, sayang ❤️

Popular posts from this blog

Menyakiti atau disakiti?

Hi . Dalam hidup ni siapa je tiada masa silam? Siapa yang tak pernah rasa sakit hati yang tak mampu diungkapkan. Aku percaya, setiap daripada kita pernah terluka dan lahirnya jiwa yang kuat dan luar biasa pabila cebisan-cebisan hati yang pecah itu mulai tumbuh semula untuk dicantumkan kembali. Walau hakikatnya ia tak pernah menjadi rupa asal lagi. Baru-baru ni aku balik kampung, jumpa makcik-makcik during raya. Biasalah kalau raya, semua orang berkumpul sekali. Ha, apa lagi. Gossip la, makcik-makcik bawang katakan. Well, tapi kali ini tak kosong. Bukan hal orang yang kami bicarakan, tapi hal sendiri. Perihal hidup yang tak mudah kau ingin hidupkan kembali. Dimana pabila kau jatuh, sejatuhnya tapi kau ingin bangun kembali. Moving on tu senang diperkatakan tapi pabila kau terikat dengan rasa sayang, maka kadang kau pun terjerat. Namun dalam perbualan itu, ada satu tips yang dikongsikan untuk pabila hati kau sedang berbolak-balik, gelisah, fikiran entah kemana. Maka teman dan diriku

Buntu.

Pernah ada satu jiwa yang buat diri aku yang sekeruhnya menjadi jernih, lalu keruh kembali? Malah lebih keruh dari sebelumnya.  Ada satu jiwa yang buat aku meronta hilang dia, bukan hilang sementara tapi hilang selama-lamanya dengan cara yang aku sendiri tidak jangka. Aku seolah dibentak jiwa, dirobek tanpa kata.  Sakitnya sampai hilang kata-kata.  Setiap kali dengar lagu-lagu yang aku mainkan sambil tulis setiap email pada diri dulu, sakitnya masih sama. Menariknya tentang atur cara dunia, entah kenapa tiba-tiba email aku hilang. Hilang semua seolah 2021 tak wujud dalam hidup aku. Hilang kenangan yang aku sesalkan? Mungkin dulu aku rasa ya, tapi lepas dah tahu semua, aku tidak seinchi pun ingin selak email tu kembali. Sudah lama sebenarnya aku tak cuba dengar playlist yang sama, dan malam ini, aku cuba. Well, I don't think I made it. Not yet, not yet! Walaupun lobang depresi tu aku tutup rapat-rapat 2 tahun ini aku siapa deny rasa yang tersisa? Tak sebenarnya aku nak buat macam ma

R.

Hi untuk hati yang dituju.  Azam hari ini adalah untuk menulis semua yang terbuku di hati tanpa ada air mata mengalir. Kita tengok azam ini tercapai atau tidak di hujung penulisan blog ini.  Izinkan kali terakhir ini, aku memanggil kamu, cinta.  Cinta, remember awak teringin betul nak saya tulis tentang awak di blog saya?                                           R: " Awak tulis la pasal saya kat blog awak" Sebenarnya,  saya takut dan saya trauma, setiap saya tulis tentang sesiapa di blog ini, hubungan tidak kemana dan putus di tengah jalan tanpa sempadan. Dan saya cuma akan tulis bila mana kita sama-sama lalui bahtera perkahwinan tapi yang tinggal sekarang hanya angan-angan.  Awak memilih senekad itu, untuk pergi. Hari ini, saya cuba nak bagitahu awak, awak adalah bahagian yang indah yang Tuhan pernah anugerahkan dalam hidup saya. Awak adalah sosok lelaki yang saya minta di sujud terakhir saya setiap solat sehinggakan berjurai air mata. Untuk 8 tahun perkenalan dan 2 tahun p